KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2021

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) berjumlah RM1,000.00 bagi (Universiti di Semenanjung), RM1,200.00 bagi Universiti di Sabah atau Sarawak) dan RM300.00 bagi (Politeknik Malaysia). Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos perbelanjaan pendaftaran khususnya kepada pelajar-pelajar sesi kemasukan pertama ke IPT tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

TARIKH TUTUP : 31 OGOS 2021

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara yang mengikuti pengajian di lnstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau lnstitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Tahun 2021 bermula pada 1 Ogos 2021.