PROSES PENDAFTARAN

1. SETUJU TERIMA

Layari portal rasmi http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk setuju terima tawaran pengajian.

2. BJT-JPP

Cetak, lengkapkan, lampirkan dan hantar BJT-JPP dalam tempoh 14 hari.

3. YURAN

Membuat bayaran Yuran Pengajian menggunakan JomPAY.

PROSES PENDAFTARAN

4. PENDAFTARAN ONLINE

Selepas 24 jam pembayaran, masuk ke sistem dan daftar online.

5. KUMPULAN WHATSAPP

Sertai kumpulan WhatsApp INTAKE  PBU untuk info terkini.

6. MULA PROGRAM

Program Minggu Suai Kenal bermula 20/09/2021

1. SETUJU TERIMA TAWARAN

1. SETUJU TERIMA TAWARAN

Membuat semakan tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan klik butang SAYA SETUJU TERIMA TAWARAN INI untuk menerima tawaran pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU).

 

 

2. PENGHANTARAN BJT-JPP

2. HANTAR BJT-JPP

Cetak Surat Tawaran & Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) di http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

Kesemua dokumen ini perlu dipos ke Politeknik Balik Pulau dalam tempoh 14 hari dari tarikh setuju terima.

01 semak

Nota :

  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu.
  • Cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

SUSUNAN BORANG JAWAPAN TAWARAN (KLIK SETIAP DOKUMEN DI BAWAH)

Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta dokumen.

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A
  • Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja
  • Pengetua Sekolah Menengah
  • Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas
  • Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas
  • Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam
  • Pengurus Felda atau Pengurus Felcra
  • Wakil Rakyat
  • Pengamal Undang-undang
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Jaksa Pendamai
  • Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)

(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama, jawatan serta majikan)

3. BAYARAN YURAN

3. BAYARAN YURAN

Pelajar baharu perlu menjelaskan yuran-yuran berikut:-

  1. Yuran Pengajian – RM 200.00
  2. Yuran Asrama – AKAN DIMAKLUMKAN SETELAH ARAHAN KEMBALI KE KAMPUS DIKELUARKAN
  3. Bayaran Pelbagai – DITANGGUNG OLEH KPT

 

KAEDAH BAYARAN

Bayaran HANYA boleh dibuat melalui perbankan Internet JomPAY.

 

Langkah 1 : Log masuk ke perbankan Internet atau Mobile Banking

Langkah 2 : Pilih JomPAY pada menu Pay Bills

Langkah 3 : Isi maklumat seperti di bawah:

Langkah 4 : Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan (CONFIRM) pembayaran

Langkah 5 : JomPAY Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.

Pelajar diwajibkan untuk mencetak maklumat bayaran ini bagi tujuan simpanan dan rekod pendaftaran pelajar.

JomPAY menerima transaksi daripada bank-bank berikut:-

Slip bayaran perlu diserahkan kepada pihak JHEP apabila hadir ke kampus.

Patuhi arahan ketika membuat bayaran yuran. Pihak politeknik TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

 

TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN :
15 SEPTEMBER 2021

4. PENDAFTARAN ONLINE

4. PENDAFTARAN ONLINE

SEMAKAN BAYARAN


Setelah bayaran yuran dibuat, sila tunggu untuk bayaran disahkan.

Cara semakan penerimaan bayaran adalah seperti berikut :-

LOG MASUK KE SISTEM SPMP
(SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PELAJAR)

Masukkan nombor kad pengenalan pelajar. Contoh : 020304056789

 

SEMAK STATUS BAYARAN
Klik “Semak Status Bayaran”. Bayaran yang diterima akan dipaparkan.

PENDAFTARAN ONLINE


Setelah pembayaran disahkan, butang ke-4 akan dipaparkan. Teruskan dengan mengklik butang “Teruskan Untuk Pendaftaran”.

Maklumat pelajar dipaparkan. Klik “Cetak Slip” Pada paparan ini, pelajar secara rasmi diberikan :

  • Nombor Pendaftaran Pelajar
  • Kelas (DDT1X)

 

SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN

PENTING ! Cetak slip pengesahan pendaftaran online. 

– PROSES PENDAFTARAN ONLINE SELESAI –

5. KUMPULAN WHATSAPP

5. KUMPULAN WHATSAPP

Semua informasi pendaftaran akan dimaklumkan melalui Group WhatsApp. Semua pelajar baharu diwajibkan untuk menyertai kumpulan ini. Permohonan untuk sertai  :-

Klik sini untuk memohon masuk Group WhatsApp INTAKE PBU
Klik sini untuk memohon masuk Group WhatsApp INTAKE PBU
Klik sini untuk memohon masuk Group WhatsApp INTAKE PBU


Admin akan menghantar link jemputan kepada setiap pelajar.

 

Waris @ Wakil pelajar DILARANG menyertai Group WhatsApp ini !

 

6. PROGRAM BERMULA

6. PROGRAM BERMULA

JOM MULA !

Program Minggu Suai Kenal akan berlangsung secara dalam talian dari 20-24 September 2021.

Kelas akan bermula pada 27 September 2021 secara dalam talian.

PROSES PENDAFTARAN

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN

SOALAN LAZIM

PROSES PENDAFTARAN

PANDUAN MENGISI HEP1-HEP6

PANDUAN MENGISI HEP1 – HEP6

 

 

Cetak Borang HEP 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Lengkapkan dan bawa pada Hari Pendaftaran (di kampus PBU). 

02 hep1-6

Nota :

  • Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.
  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu
  • Cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

CARA MENGISI BORANG HEP 1 – 6

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR BAHARU

Info lanjut, KLIK SINI