JADUAL MSK SESI 1 : 2021/2022

HARI MASA AKTIVITI PEGAWAI BERTUGAS

Isnin
20.09.2021

8.00 – 8.30 pagi Taklimat MSK Pengerusi Pelaksana MSK
 

8.30 – 9.30 pagi

Taklimat Pengurusan Pelajar

KJHEP

 

9.30 – 10.00 pagi

REHAT

 
 

10.00 – 11.00 pagi

Taklimat Keselamatan Am

Pengerusi J/K Keselamatan & Kesihatan Pekerja

 

11.00 – 1.00 ptg

Taklimat Kamsis

Ketua Warden

 

1.00 – 2.00 ptg

REHAT

 

 

2.00 – 3.00 ptg

Taklimat Perpustakaan

Ketua Unit Perpustakaan

 

3.00 – 4.00 ptg

Taklimat Keusahawanan

Ketua Unit Keusahawanan

 

8.00 – 11.00 mlm

Aktiviti Bersama MPP

MPP

Selasa
21.09.2021

8.00 – 9.30 pagi

Taklimat Disiplin (Akta 174)

Pegawai Disiplin Politeknik

 

9.30 – 10.00 pagi

REHAT

 

 

10.00 – 11.00 pagi

Taklimat Peperiksaan

Ketua Unit Peperiksaan

 

11.00 – 12.00 tgri

Taklimat EKSA

Ketua Unit Jaminan Kualiti

 

12.00 – 1.00 ptg

Taklimat USKK dan Ko-Kurikulum berkredit

Ketua Unit Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan

 

1.00 ptg – 2.00 ptg

REHAT

 

 

2.00 ptg – 4.00 ptg

Taklimat PTPTN

Pegawai PTPTN

 

8.00 – 11.00 mlm

Aktiviti Bersama MPP

MPP

Rabu
22.09.2021

8.00 – 10.00 pagi

Taklimat Psikologi dan Kerjaya

Ketua Unit Psikologi

 

10.00 – 11.00 pagi

Taklimat Aduan Pelanggan

Ketua Unit Komunikasi Korporat

 

10.00 – 2.00 ptg

REHAT

 

 

2.00 – 4.00 ptg

Majlis Penutup MSK

 

 

8.00 – 11.00 mlm

Aktiviti Pelajar

Jawatankuasa MSK

Khamis
23.09.2021

8.00 – 4.00 ptg

Sesi Bersama Jabatan Akademik

JTMK

 

8.00 – 11.00 mlm

Aktiviti Pelajar

Jawatankuasa MSK

Jumaat
24.09.2021

8.00 – 4.00 ptg

Sesi Bersama Jabatan Akademik

JTMK

 

8.00 – 11.00 mlm

Aktiviti Pelajar

Jawatankuasa MSK

 

Singkatan :

MSK – Minggu Suai Kenal
KJHEP – Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
EKSA – Ekosistem Kondusif Sektor Awam
PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
MPP – Majlis Perwakilan Pelajar
JTMK – Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi


 

 

Rupa Diri Semasa MSK

Semasa sesi MSK, semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri.

Panduan rupa diri di bawah adalah :-

  • DIWAJIBKAN semasa Hari Pendaftaran di PBU (dijangka Oktober / November 2021).
  • DIWAJIBKAN setiap hari Isnin hari pengkuliahan.
  • DIGALAKKAN untuk tempoh MSK (20-24 September 2021).

 

PELAJAR LELAKI

Rambut Pelajar Lelaki

  • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.


Pakaian Pelajar Lelaki

  • Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.
  • Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)
  • Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.
  • Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.


Kasut Pelajar Lelaki

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut sukan tidak dibenarkan.

 

PELAJAR PEREMPUAN

Rambut Pelajar Perempuan ( BUKAN ISLAM )

  • Kemas
  • Tidak diwarnakan
  • Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan

  • Tudung HITAM (Islam)
  • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan Islam)
  • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).
  • Sopan dan tidak menjolok mata

Kasut Pelajar Perempuan

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan.

 

Peraturan Tambahan Mengenai Pemakaian

• Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

• Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.

 

Rupa Diri Hari Perkuliahan (Selasa – Jumaat)

• Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

  • Perkuliahan hari ISNIN, semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian lengkap seperti hari pendaftaran (putih dan hitam).
Pelajar Lelaki

Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
  2. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  3. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
  4. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
  5. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok
  6. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans‟dan bentuk/potong menyerupai “jeans” TIDAK dibenarkan).
  7. Berkasut dan berstokin.
  8. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
  9. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
Pelajar Perempuan

Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Semua Pelajar wanita Islam diwajibkan menutup aurat mengikut syarak.
  2. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
  3. Pelajar bukan Muslim TIDAK dibenarkan memakai “skirt” yang lebih pendek dari paras lutut.
  4. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T‟ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  5. Berseluar yang tidak ketat. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans” dan bentuk/potong menyerupai “jeans” tidak dibenarkan).
  6. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup penuh (bahagian jari hingga pergelangan kaki) Semasa ke kuliah dan majlis rasmi.