Kembali Ke Kampus
(Pelajar Senior)

Selamat kembali pelajar senior sesi 1:2021/2022. 
Sila baca dengan teliti maklumat lapor diri di bawah.

phonetrans

LAPOR DIRI KE KAMPUS

LAPOR DIRI KE KAMPUS

Pihak Pengurusan Politeknik Balik Pulau (PBU) telah memutuskan para pelajar senior untuk melapor diri ke kampus secara berperingkat berdasarkan butiran berikut :-

611
711

( SEMESTER merujuk kepada SEMESTER SPMP
bukan semester jadual waktu)

* Pelajar yang masih belum lengkap vaksin pada tarikh pergerakan kembali ke kampus diminta untuk mengiuti PdP secara dalam talian. Namun begitu, pelajar dikehendaki kembali semula ke kampus setelah selesai menerima vaksin yang ke-2 dan telah melepasi tempoh keberkesanan vaksinasi 14 hari.

Syarat Pengangkutan Pelajar Sebelum dan Semasa Ketibaan:-

  1. Pelajar hanya boleh dihantar oleh ibu bapa yang telah lengkap dos vaksin
  2. Pelajar dibenarkan menumpang kenderaan dengan semua penumpang telah lengkap dos vaksin
  3. Pelajar dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri
  4. Pelajar dibenarkan menggunakan pengangkutan udara sahaja manakala pengangkutan awam lain TIDAK DIBENARKAN
  5. Pelajar perlu mengimbas aplikasi MySejahtera semasa memasuki kampus
  6. Jumlah penumpang di dalam kenderaan adalah mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan
  7. Ibu bapa / pengiring hanya dibenarkan turun daripada kenderaan bagi membantu menurunkan barang TETAPI tidak dibenarkan pergi ke tempat pendaftaran pelajar dan bangunan kamsis.
  8. Ibu bapa / pengiring TIDAK DIBENARKAN merayau-rayau atau berlegar-legar di sekitar kampus tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak PBU.

KAEDAH BAYARAN YURAN

KAEDAH BAYARAN YURAN

YURAN PENGAJIAN & YURAN ASRAMA

Pembayaran yuran melalui CDM, ATM Transfer, Online Transfer & melalui kaunter TIDAK DITERIMA.

Kaedah pembayaran untuk sesi 1 : 2021/2022 menggunakan perbankan Internet

JomPAY

PELAJAR SENIOR

 

RM 200.00

Pelajar semester 2 ke atas (kecuali pelajar LI)

 

LATIHAN INDUSTRI

 

RM 0.00

Tiada bayaran untuk pelajar yang menjalani LI

 

YURAN -YURAN LAIN

 

Yuran Asrama
RM 168.00

Bayaran Pelbagai (Insurans dll)
DITANGGUNG OLEH KPT

 

Bayaran HANYA boleh dibuat melalui perbankan Internet JomPAY.


Langkah 1 : Log masuk ke perbankan Internet atau Mobile Banking


Langkah 2 : Pilih JomPAY pada menu Pay Bills


Langkah 3 : Isi maklumat seperti di bawah:

Amaun YURAN PENGAJIAN = masukkan “200
Amaun YURAN ASRAMA = masukkan168


Langkah 4 : Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan (CONFIRM) pembayaran


Langkah 5 : JomPAY Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.

Pelajar diwajibkan untuk mencetak maklumat bayaran ini bagi tujuan simpanan dan rekod pendaftaran pelajar.

Patuhi arahan ketika membuat bayaran yuran. Pihak politeknik TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

JomPAY menerima transaksi daripada bank-bank berikut:-

TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN PENGAJIAN:
25 OKTOBER 2021

TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN ASRAMA :
5 NOVEMBER 2021

DEKLARASI KESIHATAN

DEKLARASI KESIHATAN

Pelajar diwajibkan untuk mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Politeknik Balik Pulau (PBU) 3 hari sebelum hadir ke kampus iaitu pada :

  • Pelajar semester 2 = 3 November 2021
  • Pelajar semester 3 ke atas = 4 November 2021

Borang tersebut perlu dicetak dan diserahkan semasa hadir ke kampus.

SENARAI DOKUMEN LAPOR DIRI

SENARAI DOKUMEN LAPOR DIRI

Pelajar dikehendaki menyediakan dokumen dan sampul surat bersaiz A4 mengikut kategori berikut :-

SAMPUL 1

Borang-borang untuk kegunaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

SAMPUL 2

Untuk kegunaan Unit Kamsis

PETA LALUAN

PETA LALUAN

Pelajar dan pengiring dikehendaki hadir mengikut tarikh dan tempoh masa yang ditetapkan. (Semester pelajar berdasarkan semester SPMP)

Pelajar Semester 1 6 Nov 2021 (Sabtu) 8.30 pg – 12.00 tgh
Pelajar Semester 2 6 Nov 2021 (Sabtu) 2.00 ptg – 4.00 ptg
Pelajar Semester 3 7 Nov 2021 (Ahad) 8.30 pg – 12.00 tgh
Pelajar Semester 4 & ke atas 7 Nov 2021 (Ahad) 2.00 ptg – 4.00 ptg

 

Cara Penggunaan Kit Ujian Kendiri Politeknik Balik Pulau

WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.18 PM
WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.17 PM