Raptai Konvokesyen SIDANG 1
11 OGOS 2024 (AHAD)
MASA | AKTIVITI | LOKASI ( PSP ) |
---|---|---|
8.00 Pagi | Graduan Berkumpul | DATARAN PELAJAR (Belakang DKU) |
8.30 Pagi | Perarakan Masuk Graduan ke Dewan | PERKARANGAN LUAR DEWAN SERI MUTIARA |
8.45 Pagi | Kata-kata Aluan Pengarah | DEWAN SERI MUTIARA |
9.00 Pagi | Taklimat Konvokesyen -Taklimat Fotografi -Taklimat Alumni -Taklimat Persijilan -Taklimat Sistem Paparan Nama | DEWAN SERI MUTIARA |
10.00 Pagi | Raptai Konvokesyen dan Raptai Penerima Anugerah Pengarah & Anugerah Cemerlang Akademik | DEWAN SERI MUTIARA |
1.00 Tgh Hari | • Pendaftaran Graduan • Pendaftaran Alumni • Pengambilan Kad Nama | KAUNTER PENDAFTARAN (Parkir kenderaan ULPL) |
1.00 Tgh Hari | Pengambilan Jubah di Rumah Jubah bagi Graduan Sidang 1 sahaja | BILIK SEMINAR MUTIARA 1 (Kafe PSP) |

Pengambilan Jubah SIDANG 1
Setelah selesai Taklimat Graduan dan Taklimat SKPG, graduan dibenarkan mengambil jubah dengan membawa Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan (diperolehi dari sistem) yang telah dicop SKPG dan KEPUASAN MAJIKAN.
Sekiranya graduan tidak dapat hadir pada Hari Raptai, pengambilan jubah boleh diwakilkan kepada orang lain dengan syarat Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan telah dicop seperti proses di atas.
Lokasi : MAKMAL KOMPUTER JMSK
Tarikh : 11 Ogos 2024 (Ahad)
Masa : 1.00 tengah hari
ETIKA PAKAIAN
GRADUAN LELAKI
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
- Sepasang Baju Melayu lengkap warna gelap, atau
- Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher gelap dan berseluar panjang berwarna hitam, atau
- Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam
- Kasut kulit hitam dan stokin hitam
ETIKA PAKAIAN
GRADUAN PEREMPUAN
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
- Baju kurung moden/pakaian tradisional/pakaian kebangsaan/Pantsuit atau skirt labuh hingga buku lali dan blouse berlengan Panjang. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
- Dicadangkan memakai pakaian berpoket, atau dibenarkan membawa Sling bag bersaiz kecil bagi memudahkan penyimpanan telefon bimbit.
- Pakaian yang tidak ketat, tidak jarang, tidak menggunakan belah (slit), tidak pendek, dan tidak menjolok mata.
- Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
- Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
- Semua graduan Islam diwajibkan memakai tudung.
- Memakai kasut (bertutup).
Memakai seluar jeans / seluar pendek / baju seragam / kasut sukan / sandal / kasut terbuka di belakang / kasut berwarna cerah atau putih adalah DILARANG sama sekali.
Graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian TIDAK DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma.
Tentatif
Majlis Konvokesyen
Politeknik & Kolej Komuniti Pulau Pinang
MASA | AKTIVITI |
---|---|
7.20 Pagi | Para graduan berkumpul di Dewan Kuliah Utama |
7.30 Pagi | lbu / Bapa / Waris graduan bergerak masuk ke Dewan Seri Nirai |
8.00 Pagi | Perarakan masuk para graduan ke Dewan Seri Nirai |
8.30 Pagi | Ketibaan Tetamu Jemputan ke Dewan Seri Nirai |
8.45 Pagi | Ketibaan VVIP |
9.20 Pagi | Perarakan masuk VVIP |
Negaraku dan Untuk Negeri Kita Bacaan Doa | |
Ucapan Alu-aluan VVIP | |
Ucapan VVIP dan Lafaz Pengisytiharan Majlis Konvokesyen Politeknik Balik Pulau ke-13 | |
Tayangan Video | |
Rehat (Persembahan) | |
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik & Kokurikulum | |
11.45 Pagi | Pengisytiharan Majlis Konvokesyen tamat |
Negaraku dan Untuk Negeri Kita | |
Perarakan keluar VVIP | |
12.00 Tengah hari | Majlis Bersurai |