PEMULANGAN JUBAH
Graduan perlu memulangkan jubah di BILIK JUBAH sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir. Sila pastikan graduan mendapat cop pengesahan pemulangan jubah sebelum menuntut sijil Diploma.
NOTA : Pemulangan jubah antara jam 12.00 tgh – 4.00 petang. Sebarang kelewatan akan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap setengah jam.
PENGAMBILAN DIPLOMA
Graduan boleh mengambil Diploma dan Transkrip dengan menyerahkan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan yang telah lengkap kesemua pengesahan.
GRADUAN HADIR
Butiran tuntutan Diploma dan Transkrip pada hari konvokesyen adalah seperti berikut:
Masa : 12.00 tengahari – 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1
GRADUAN TIDAK HADIR
Kepada graduan yang tidak hadir dan telah membuat pendaftaran online, Diploma dan Transkrip akan diposkan melalui pos berdaftar/kurier selepas Majlis Konvokesyen. Graduan akan turut menerima folder konvokesyen dan cenderahati yang akan diposkan bersama sijil berkenaan.
Selain itu, graduan juga boleh membuat tuntutan Diploma dan Transkrip dengan hadir sendiri ke Unit Peperiksaan Politeknik Balik Pulau pada waktu bekerja. Graduan digalakkan membuat temujanji terlebih dahulu.