Pengambilan Jubah

Setelah selesai Taklimat Graduan dan Taklimat SKPG, graduan boleh mengambil jubah di :- 

  • Lokasi : Perpustakaan
  • Tarikh : 13 September 2023 (Rabu)
  • Masa : 12.30 tgh – 4.30 petang 
  • Dokumen : Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan yang telah dicop SKPG dan KEPUASAN MAJIKAN

 

Sekiranya graduan tidak dapat hadir pada Hari Raptai 13 September 2023, pengambilan jubah boleh diwakilkan kepada orang lain dengan syarat Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan telah dicop seperti proses di atas.

NOTA : Pengambilan jubah melepasi jam 4.30 petang akan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap setengah jam.

Etika Pakaian

Majlis Konvokesyen adalah upacara rasmi Politeknik Balik Pulau. Graduan dan tetamu diingatkan supaya mematuhi peraturan pakaian seperti dinyatakan di bawah:-

gralaki

Pakaian Graduan Lelaki

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
  2. Sepasang Baju Melayu lengkap warna gelap, atau
  3. Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher gelap dan berseluar panjang berwarna hitam, atau
  4. Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam
  5. Kasut kulit hitam dan stokin hitam
  6. Songkok tidak diperlukan
kasut

Pakaian Graduan Perempuan

  1. Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
  2. Baju kurung moden/pakaian tradisional/pakaian kebangsaan/Pantsuit atau skirt labuh hingga buku lali dan blouse berlengan Panjang. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
  3. Dicadangkan memakai pakaian berpoket, atau dibenarkan membawa Sling bag bersaiz kecil bagi memudahkan penyimpanan telefon bimbit.
  4. Pakaian yang tidak ketat, tidak jarang, tidak menggunakan belah (slit), tidak pendek, dan tidak menjolok mata.
  5. Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
  6. Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
  7. Semua graduan Islam diwajibkan memakai tudung.
  8. Memakai kasut (bertutup).
grapuan

Memakai seluar jeans/seluar pendek/baju seragam/kasut sukan/sandal/kasut terbuka di belakang/kasut berwarna cerah atau putih adalah DILARANG sama sekali.

Graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian TIDAK DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma.

Etika pakaian tetamu / waris klik SINI

Parkir Graduan

parkingparent

Pendaftaran Graduan

Semua graduan dikehendaki berkumpul di Dewan Kuliah Utama dan Dewan Kuliah 1  SEBELUM jam 8.00 pagi. Rujuk tentatif di SINI.