Pemulangan Jubah
Graduan perlu memulangkan jubah di PERPUSTAKAAN sebaik sahaja majlis konvokesyen berakhir. Sila pastikan graduan mendapat cop pengesahan pemulangan jubah sebelum menuntut sijil Diploma.
NOTA : Pemulangan jubah melepasi jam 4.30 petang akan dikenakan denda RM5.00 bagi setiap setengah jam.
Pengambilan Diploma
Graduan boleh mengambil Diploma dengan menyerahkan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan yang telah lengkap kesemua pengesahan.
Tuntutan sijil Diploma selepas hari konvokesyen boleh dibuat di Unit Peperiksaan Politeknik Balik Pulau.