Raptai Konvokesyen
27 OGOS 2025 | RABU | 9.00 PAGI
MASA | AKTIVITI | LOKASI |
---|---|---|
9.00 Pagi | Pendaftaran Graduan | DEWAN SERI NIRAI |
9.30 Pagi | Taklimat Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) & Kajian Kepuasan Majikan | DEWAN SERI NIRAI |
10.30 Pagi | Raptai Penuh Majlis Konvokesyen PBU | DEWAN SERI NIRAI |
12.00 Tgh | Pengambilan Jubah | BILIK JUBAH (KOOP PARCEL) |
Majlis Bersurai |

Pengambilan Jubah
Setelah selesai Taklimat Graduan dan Taklimat SKPG, graduan dibenarkan mengambil jubah dengan membawa Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan (diperolehi dari sistem) yang telah dicop SKPG dan KEPUASAN MAJIKAN.
Sekiranya graduan tidak dapat hadir pada Hari Raptai, pengambilan jubah boleh diwakilkan kepada orang lain dengan syarat Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan telah dicop seperti proses di atas.
ETIKA PAKAIAN
GRADUAN LELAKI
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
- Sepasang Baju Melayu lengkap warna gelap, atau
- Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher gelap dan berseluar panjang berwarna hitam, atau
- Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam
- Kasut kulit hitam dan stokin hitam
ETIKA PAKAIAN
GRADUAN PEREMPUAN
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak PBU).
- Baju kurung moden/pakaian tradisional/pakaian kebangsaan/Pantsuit atau skirt labuh hingga buku lali dan blouse berlengan Panjang. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
- Dicadangkan memakai pakaian berpoket, atau dibenarkan membawa Sling bag bersaiz kecil bagi memudahkan penyimpanan telefon bimbit.
- Pakaian yang tidak ketat, tidak jarang, tidak menggunakan belah (slit), tidak pendek, dan tidak menjolok mata.
- Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.
- Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
- Semua graduan Islam diwajibkan memakai tudung.
- Memakai kasut (bertutup).
Memakai seluar jeans / seluar pendek / baju seragam / kasut sukan / sandal / kasut terbuka di belakang / kasut berwarna cerah atau putih adalah DILARANG sama sekali.
Graduan yang tidak mematuhi peraturan pakaian TIDAK DIBENARKAN masuk, berarak atau naik ke pentas untuk upacara pengurniaan Diploma.
Pendaftaran Pada
Hari Konvokesyen
Semua graduan dikehendaki berkumpul di Dewan Kuliah Utama, 28 Ogos 2025 jam 7.30 pagi. Rujuk tentatif di bawah.
MASA | AKTIVITI |
---|---|
7.30 Pagi | Pendaftaran Graduan di Dewan Kuliah Utama |
8.00 Pagi | Ibu/Bapa/Waris mengambil tempat di Dewan Seri Nirai |
8.45 Pagi | Perarakan Masuk Para Graduan ke Dewan Seri Nirai |
9.00 Pagi | Ketibaan Tetamu Jemputan ke Dewan Seri Nirai |
9.15 Pagi | Ketibaan VVIP |
9.45 Pagi | Majlis Konvokesyen Bermula |
Perarakan Masuk VVIP Diiringi oleh Pengarah, Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan Politeknik Balik Pulau. |
|
- Nyanyian Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita | |
- Bacaan Doa | |
- Ucapan Aluan oleh Pengarah Politeknik Balik Pulau | |
- Ucapan Perasmian oleh VVIP | |
- Upacara Penganugerahan Diploma Kepada Para Graduan | |
- Majlis Berehat / Persembahan | |
- Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik | |
- Pengisytiharan Alumni Politeknik | |
- Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia | |
11.45 Pagi | Perarakan Keluar Dewan Majlis Bersurai |