no1

SURAT TAWARAN & BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT-JPP)


Cetak Surat Tawaran & Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) di http://ambilan.mypolycc.edu.my/. Bawa pada Hari Pendaftaran – 5 Ogos 2020.

01 semak

Nota :

  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu.
  • Cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

SUSUNAN BORANG JAWAPAN TAWARAN

Pegawai yang layak menjadi saksi untuk mengesahkan Salinan sijil serta dokumen.

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Kumpulan A
  • Doktor yang bertugas di Pusat kesihatan Kerajaan sahaja
  • Pengetua Sekolah Menengah
  • Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas
  • Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas
  • Penguasa Penjara, Penguasa Bomba, Penguasa Kastam
  • Pengurus Felda atau Pengurus Felcra
  • Wakil Rakyat
  • Pengamal Undang-undang
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Jaksa Pendamai
  • Penghulu/Penggawa/Ketua Kampung/Pemanca/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak)

(Sila pastikan cop pengesahan mesti mempunyai nama dan jawatan serta majikan)

no2

BORANG HEP 1 HINGGA HEP 6


Cetak Borang HEP 1, 2, 3, 4, 5 & 6. Isi dan bawa pada Hari Pendaftaran – 5 Ogos 2020

02 hep1-6

Nota :

  • Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.
  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu
  • Cetakan tidak boleh dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

CARA MENGISI BORANG HEP 1 – 6

no3

YURAN & BAYARAN PELBAGAI


Sebelum hari pendaftaran, pelajar baharu perlu menjelaskan Yuran Pengajian, Yuran Asrama & Bayaran Pelbagai iaitu :-

3A
  • Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara transaksi berasingan.
  • Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran
  • Pelajar dikehendaki menjelaskan semua bayaran di BIMB terlebih dahulu sebelum lapor diri di Politeknik Balik Pulau
  • Setiap resit bayaran hendaklah ditampal & dibuat salinan sebagai bukti. Rujuk senarai semak.

KAEDAH BAYARAN

Hanya melalui Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam sahaja.


YURAN PENGAJIAN RM 200.00 – Screen shot paparan mesin CDM BIMB


dapatkan slip pembayaran (resit).


YURAN ASRAMA RM 360.00 – Screen shot paparan mesin CDM BIMB



dapatkan slip pembayaran (resit).


BAYARAN PELBAGAI RM 300.00 – Screen shot paparan mesin CDM BIMB


dapatkan slip pembayaran (resit).

Sila lekatkan semua slip bayaran dan buat 1 lagi salinan fotokopi. Borang ini boleh diperolehi dari menu Senarai Semak.

TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN :
1 OGOS 2020

no4

SEMAKAN BAYARAN


Setelah bayaran yuran dibuat, sila tunggu 24 jam untuk pengesahan bayaran. Semakan penerimaan bayaran adalah seperti berikut :-

LOG MASUK KE SISTEM SPMP
(SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PELAJAR)

Masukkan nombor kad pengenalan pelajar. Contoh : 020304056789

 

SEMAK STATUS BAYARAN
Klik “Semak Status Bayaran”. Bayaran yang diterima akan dipaparkan.

no5

PENDAFTARAN ONLINE


Setelah pembayaran diterima, butang ke-4 akan dipaparkan. Teruskan dengan mengklik butang “Teruskan Untuk Pendaftaran”.

Maklumat pelajar dipaparkan. Klik “Cetak Slip” Pada paparan ini, pelajar secara rasmi diberikan :

  • Nombor Pendaftaran Pelajar
  • Kelas (DDT1X)

 

SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN

PENTING ! Cetak slip pengesahan pendaftaran online dan bawa semasa hari pendaftaran. 

– PROSES PENDAFTARAN ONLINE SELESAI –


Hari pendaftaran pelajar baharu :

5 Ogos 2020 ( Rabu ), 8.30 pagi

di Kamsis (Asrama) Lelaki & Perempuan, Politeknik Balik Pulau