Rupa Diri Semasa Hari Pendaftaran

Semasa mendaftar semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri semasa hari pendaftaran.

Rambut Pelajar Lelaki
  • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.


Pakaian Pelajar Lelaki

  • Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.
  • Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)
  • Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.
  • Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.


Kasut Pelajar Lelaki

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut sukan tidak dibenarkan.

 

Rambut Pelajar Perempuan ( BUKAN ISLAM )
  • Kemas
  • Tidak diwarnakan
  • Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan

  • Tudung HITAM (Islam)
  • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan Islam)
  • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).
  • Sopan dan tidak menjolok mata

Kasut Pelajar Perempuan

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan.

Peraturan Tambahan Mengenai Pemakaian

• Sebarang bentuk perhiasan seperti rantai gelang dan subang adalah tidak dibenarkan sama sekali.

• Pelajar TIDAK DIBENARKAN memakai topi, baju ‘T’ tanpa kolar, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan semasa mendaftar.

Pelajar lelaki muslim DIWAJIBKAN membawa baju melayu lengkap (bersampin dan bersongkok) untuk majlis rasmi politeknik.

 

Rupa Diri Hari Perkuliahan (Selasa - Jumaat)

• Etika pakaian hari perkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

  • Perkuliahan hari ISNIN, semua pelajar DIWAJIBKAN memakai pakaian lengkap seperti hari pendaftaran (putih dan hitam).
Pelajar Lelaki Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
  2. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  3. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
  4. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
  5. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok
  6. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans‟dan bentuk/potong menyerupai “jeans” TIDAK dibenarkan).
  7. Berkasut dan berstokin.
  8. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
  9. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
Pelajar Perempuan Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Semua Pelajar wanita Islam diwajibkan menutup aurat mengikut syarak.
  2. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
  3. Pelajar bukan Muslim TIDAK dibenarkan memakai “skirt” yang lebih pendek dari paras lutut.
  4. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T‟ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  5. Berseluar yang tidak ketat. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans” dan bentuk/potong menyerupai “jeans” tidak dibenarkan).
  6. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup penuh (bahagian jari hingga pergelangan kaki) Semasa ke kuliah dan majlis rasmi.