Pelajar Semester 3 > Di Kamsis

YURAN

YURAN YANG
PERLU DIJELASKAN


Yuran Pengajian
RM 200.00

Yuran Asrama
RM 360.00

Bayaran Pelbagai
RM 50.00

Hanya melalui Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam sahaja.


YURAN PENGAJIAN RM 200.00


YURAN ASRAMA RM 360.00


BAYARAN PELBAGAI RM 50.00

* Abaikan amaun bayaran RM150 pada slide ke-5. Sekadar contoh.

Bayaran RM50.00 adalah bayaran untuk insurans berkelompok pelajar (Disember 2020 – Mac 2022).


Tarikh akhir bayaran yuran :-
5 MAC 2021

LAPOR DIRI ONLINE

 

Setelah 24 jam pembayaran di bank, layari spmp.pbu.edu.my :-

1. Login > iHelp > Lapor Diri Senior > Daftarkan Saya

2. Cetak Slip Pengesahan Lapor Diri Senior


Sekiranya butang Lapor Diri Senior tidak berfungsi, antara kemungkinan ialah :-

1. Maklumat penjaga, maklumat DUN & Parlimen tidak dikemaskini.
⇒ Sila kemaskini di menu iHelp.

2. Saman kesalahan pelajar yang tertunggak.
⇒ Sila jelaskan saman dan kemaskini rekod bayaran dengan pegawai HEP.


Tarikh akhir lapor diri online :
7 MAC 2021


Sekiranya pelajar tidak lapor diri selepas tarikh tersebut, pelajar perlu mengisi Borang Lewat Lapor Diri untuk pengaktifan semester baru. Sila berhubung dengan JHEP.

PENDAFTARAN KURSUS

Setelah Lapor Diri Senior di iHelp, pelajar perlu mendaftar kursus di iDaftar.

Sila rujuk PA untuk memastikan kursus yang perlu dipilih.

Login SPMP > iDaftar > Daftar | Padam Kursus > Pilih

Pelajar perlu berbincang dengan PA untuk menyusun jadual waktu dan memilih kursus terutama bagi pelajar yang mengulang kursus.

PENDAFTARAN KAMSIS DAN TEMPOH ISOLASI

Tarikh : 6 Mac 2021
Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari


Kebenaran pulang ke kamsis perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan JTMK. Hanya pelajar yang diluluskan dibenarkan menjalani PdPDT di kampus PBU.


Surat Lapor Diri

Muat turun Surat Lapor Diri untuk dilampirkan bersama permohonan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan.

MUAT TURUN


Deklarasi Kesihatan

Pelajar diwajibkan untuk mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan Politeknik Balik Pulau (PBU) pada 3 Mac 2021 (3 hari sebelum hari pendaftaran). Borang tersebut perlu dicetak dan diserahkan semasa hari pendaftaran.

MUAT TURUN


Tempoh Isolasi

Semua pelajar perlu menjalani tempoh isolasi selama 10 HARI, bermula 6 hingga 15 MAC 2021. Dalam tempoh tersebut, pelajar :-

  1. Diberikan bilik kamsis 1 orang = 1 bilik.
  2. Kuliah pada 8 – 15 Mac 2021 secara dalam talian. 
  3. LARANGAN keluar-masuk kampus samada menggunakan kenderaan sendiri, melanggan GRAB, MYCAR dan lain-lain. Pastikan cukup barangan keperluan peribadi untuk tempoh isolasi.
  4. LARANGAN tempahan makanan melalui FOOD PANDA, GRAB FOOD, KFC DELIVERY dan lain-lain penghantar makanan dalam tempoh isolasi.

SERAHAN DOKUMEN

Tarikh  : 8 – 12 MAC 2021

Serahan dokumen kepada PA :-

1. Slip Pengesahan Lapor Diri Senior (SPMP iHelp)
2. Keputusan peperiksaan sesi Jun 2020 (SPMP iExam)
3. Slip Pendaftaran Kursus sesi Disember 2020 (SPMP iDaftar)

Cara serahan ditentukan oleh PA


Serahan dokumen kepada JHEP:-

1. Slip Bayaran Yuran ( DOWNLOAD SINI )

Scan, rename nama file kepada nombor pendaftaran & upload — DI SINI — mengikut kelas masing-masing.


Serahan dokumen kepada KAMSIS:-

1. Borang Pendaftaran Kamsis
2. Borang Akuan Penerimaan Bilik
3. Borang Perjanjian Tatatertib
4. Peraturan Kamsis
5. Surat tawaran kamsis
6. Slip bayaran yuran kamsis RM360.00 (SALINAN)
7. Gambar terkini berukuran pasport