RUPA DIRI DI HARI PENDAFTARAN

.

student

Semua calon pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika pemakaian hari pendaftaran.

Sila rujuk ETIKA PAKAIAN untuk perincian.

Calon pelajar dikehendaki membawa penpelitup muka dan ‘hand sanitizer‘ sendiri.

.

KETIBAAN DI POLITEKNIK BALIK PULAU

.

PETA ALIRAN TRAFIK HARI PENDAFTARAN

flow

.

5A

CHECK POINT 1 – PENGIRING PELAJAR

Hanya 1 orang pelajar dan 2 orang waris dibenarkan memasuki kampus Politeknik Balik Pulau (PBU). Bilangan pelawat disemak oleh pengawal keselamatan di pintu masuk PBU .

5B


CHECK POINT 2 – UJIAN SARINGAN COVID-19

Dilaksanakan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila pasang aplikasi MySejahtera di dalam telefon bimbit anda.

5C


CHECK POINT 3 – BERATUR KE KAMSIS

Beratur (dengan kenderaan) untuk giliran menghantar barangan ke kamsis. Hanya 5 kenderaan dilepaskan pada satu-satu masa ke kawasan kamsis.

5D


CHECK POINT 4 – KE KAMSIS LELAKI / PEREMPUAN

Di bulatan, kenderaan pelajar perempuan menghala ke kiri manakala kenderaan pelajar lelaki menghala terus.

5E
5F


CHECK POINT 5P – KAMSIS PEREMPUAN
Turunkan barang pelajar dari kenderaan. Petugas kamsis akan bantu hantar barangan ke bilik pelajar.

CHECK POINT 5P – KAMSIS LELAKI
Turunkan barang pelajar dari kenderaan. Petugas kamsis akan bantu hantar barangan ke bilik pelajar.

  • Waris TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan kamsis
  • Waris diberi masa 10 MINIT untuk menurunkan barang
  • Waris boleh meninggalkan pelajar dan pulang.

URUSAN WARIS SELESAI

Pihak Politeknik Balik Pulau mendoakan perjalanan pulang keluarga waris selamat.

.

PENDAFTARAN KAMSIS

.

PELAJAR LELAKI

kamsis1

Pendaftaran di Pejabat Kamsis, Blok C

PELAJAR PEREMPUAN

kamsis2

Pendaftaran di Kafeteria Asrama, di antara Blok A dan Blok B

.

DOKUMEN PENDAFTARAN 

.

Sila tunjukkan Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (Online) kepada petugas. Calon pelajar akan menerima :-

  1. KUNCI BILIK KAMSIS
    • berdasarkan nombor bilik yang dijana sistem
    • penghuni bilik ditentukan mengikut agama dan bangsa yang sama
  2. KAD PELAJAR (SEMENTARA)
    • termasuk lanyard dan cardholder

 

Sila rujuk tatacara mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian di SINI.

slipdo2

.

kunci

Pelajar perlu menyerahkan dokumen yang lengkap diisi (rujuk SENARAI SEMAK) kepada petugas kaunter.

  • A1 – Borang Pendaftaran Kamsis
  • A3 – Borang Perjanjian Tatatertib
  • A5 – Slip bayaran yuran kamsis RM360.00 (SALINAN)
  • A6 – Gambar pasport terkini

Nota :-

  • Borang A2 perlu diserahkan kepada pihak kamsis dalam tempoh 3 hari setelah menerima kunci bilik.
  • Borang A4 untuk rujukan dan simpanan pelajar.

.

– PENDAFTARAN KAMSIS SELESAI –

.

LAIN – LAIN PERKARA

.

semasa1

KEMAS BARANG

Selesai pendaftaran kamsis, pelajar boleh masuk ke bilik dan mengemas barang peribadi.

semasa4

BANTAL & CADAR

Bantal dan cadar TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kamsis. Bantal & cadar (saiz single) perlu dibawa oleh pelajar.

semasa5

MAKAN MINUM SENDIRI

Pelajar hendaklah membeli sendiri makanan dan minuman di kafeteria asrama, kantin Pusat Pelajar, koperasi atau K-Shoppe. Sediakan wang saku yang mencukupi sepanjang tempoh MSK dan sesi pembelajaran.

semasa2

GAMBAR KAMSIS

Waris TIDAK DIBENARKAN memasuki kamsis. Klik butang di bawah untuk melihat persekitaran kamsis.

semasa3

PROGRAM SETERUSNYA

Pelajar hendaklah bersedia untuk Pendaftaran Pelajar Baharu  yang bermula jam 2.00 petang (5 Ogos 2020). Sediakan semua dokumen B1 hingga B13 dari SENARAI SEMAK.