Semua pelajar perlu menjelaskan yuran pendaftaran sebelum melapor diri di SPMP (iHelp) & politeknik. Bayaran boleh dibuat sehingga 28 Jun 2019.
Pelajar yang menjalani Latihan Industri TIDAK PERLU membayar semua jenis yuran.

Kaedah Bayaran Yuran Senior

Untuk Yuran Pengajian (RM 200)

1. Pilih menu Yuran IPT
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar
3. Pilih POLITEKNIK KPT
4. Sahkan data dan masukkan wang
5. Sahkan jumlah kemasukan wang
6. Transaksi selesai dan ambil resit

Untuk Yuran Asrama (RM 360)

1. Pilih menu Yuran IPT
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar
3. Pilih POLITEKNIK KPT
4. Sahkan data dan masukkan wang
5. Sahkan jumlah kemasukan wang
6. Transaksi selesai dan ambil resit

Untuk Yuran Pelbagai (RM150)

1. Pilih menu Yuran IPT
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pelajar
3. Pilih POLIBALIKPULAU
4. Sahkan data dan masukkan wang
5. Sahkan jumlah kemasukan wang
6. Transaksi selesai dan ambil resit

Screen shot paparan mesin CDM BIMB (YURAN PENGAJIAN RM 200)

Sekiranya ditawarkan penempatan asrama untuk semester ini, pelajar perlu menjelaskan Yuran Asrama. Berikut adalah screen shot paparan mesin CDM BIMB (YURAN ASRAMA RM 360)

Menu ke-3 akan dipaparkan untuk Yuran Pelbagai (RM 150).

PERHATIAN !
Akaun CIMB tidak lagi digunapakai untuk pembayaran Yuran Pelbagai.
Akaun CIMB tidak lagi digunapakai untuk pembayaran Yuran Pelbagai.
Akaun CIMB tidak lagi digunapakai untuk pembayaran Yuran Pelbagai.

Lapor diri SPMP
(24-28 Jun 2019)

Setelah 24 jam pembayaran di bank, layari spmp.pbu.edu.my :-

1. Login > iHelp > Lapor Diri Senior > Daftarkan Saya

2. Cetak Slip Pengesahan Lapor Diri Senior

Sekiranya butang Lapor Diri Senior tidak berfungsi, antara kemungkinan ialah :-

1. Maklumat penjaga, maklumat DUN & Parlimen tidak dikemaskini. Sila kemaskini di menu iHelp.

2. Saman politeknik yang tertunggak. Sila jelaskan saman dan minta pegawai HEP kemaskini rekod bayaran.

 

 

Lapor Diri kepada Penasihat Akademik (PA)
(27 Jun 2019 - Khamis)

Serahkan kepada PA :-

1. Slip Pengesahan Lapor Diri Senior (SPMP iHelp)

2. Keputusan peperiksaan sesi Disember 2018 dan Semester Pendek 2019 (SPMP iExam)

3. Salinan & resit asal yuran pendaftaran (Yuran Pengajian RM200, Yuran Pelbagai RM150, Yuran Asrama RM360 (sekiranya menetap di kamsis))

Resit asal dipulangkan semula.

 

Denda Lewat Lapor Diri

Denda RM 10.00 dikenakan lewat lapor diri pada hari pertama dan RM 5.00 per hari pada hari seterusnya termasuk Sabtu & Ahad.

Pelajar perlu mengisi Borang Lewat Lapor Diri dari Jabatan HEP.

 

Pendaftaran Kamsis
(27 Jun 2019)

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran kamsis pelajar senior (yang telah ditawarkan penempatan kamsis) bagi sesi Jun 2019 adalah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh  : 27 Jun 2019 (Khamis)
Masa   : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pejabat Kamsis

 

Senarai semak dokumen pendaftaran kamsis:-

1) Borang Pendaftaran Kamsis (Muat turun / Download)

2) Borang Akuan Penerimaan Bilik (Muat turun / Download)

3) Borang Perjanjian Tatatertib (Muat turun / Download)

4) Peraturan Kamsis (Muat turun / Download)

5) Surat tawaran kamsis.

6) Slip bayaran ASAL & SALINAN yuran kamsis RM360.00.

7) Gambar terkini berukuran paspot.

 

Terma dan syarat pendaftaran :-

- Pelajar yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dibenarkan mendaftar.
- Tempahan bilik tidak dibenarkan
- Pelajar yang tidak mendaftar pada hari yang ditetapkan dianggap TIDAK BERMINAT & tawaran dikira TERBATAL.
- Tiada pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad
- Hadir bersama-sama dengan rakan sebilik bagi memudahkan urusan pendaftaran

~ Pengurusan Kamsis