Hari Pendaftaran Pelajar Baharu

Lapor Diri @ Kampus PBU

Hari Pendaftaran
sept5

Calon pelajar Semester 1 dikehendaki melapor diri di kampus PBU berdasarkan butiran berikut:- 

  • 5 September 2022 (ISNIN)
  • 8.30 pagi – 10.30 pagi
  • Dewan Serbaguna, Politeknik Balik Pulau

 

Panduan perjalanan ke kampus Politeknik Balik Pulau

Rupa Diri

Hari Pendaftaran

“Pemakaian pelajar baharu di Hari Pendaftaran”

student

Semua calon pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika pemakaian hari pendaftaran. Sila rujuk ETIKA PAKAIAN untuk perincian.

Calon pelajar dikehendaki membawa penpelitup muka dan ‘hand sanitizer‘ sendiri.

Dokumen Lapor Diri

Hari Pendaftaran

“Pastikan semua dokumen lengkap untuk kelancaran proses pendaftaran”

Senarai semak borang untuk kegunaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

 

Senarai semak borang untuk kegunaan Unit Kamsis

Lokasi Lapor Diri

Hari Pendaftaran

“Dewan Serbaguna PBU”

dewanserbaguna

Semua pelajar baharu dikehendaki melapor diri di Dewan Serbaguna PBU pada 5 September 2022, jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Selesai pendaftaran di Dewan Serbaguna, pelajar bergerak ke bilik asrama masing-masing.

Taklimat waris akan dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, jam 11.00 pagi.

Lain-lain

Hari Pendaftaran
key

KUNCI BILIK

Kunci bilik asrama akan diterima di Kaunter Asrama di Dewan Serbaguna.

semasa1

KEMAS BARANG

Selesai lapor diri di Dewan Serbaguna, pelajar boleh masuk ke bilik dan mengemas barang peribadi.

semasa4

BANTAL & CADAR

Bantal dan cadar TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kamsis. Bantal & cadar (saiz single) perlu dibawa oleh pelajar.

semasa5

MAKAN MINUM SENDIRI

Makanan dan minuman boleh dibeli di kafeteria asrama, kantin Pusat Pelajar, koperasi dan K-Shoppe. Touch & Go eWallet diterima. 

ico_solat

KELENGKAPAN SOLAT

Pelajar Muslim DIWAJIBKAN membawa sejadah, baju Melayu, telekung  sendiri untuk aktiviti solat di Pusat Islam.

semasa2

GAMBAR KAMSIS

Waris TIDAK DIBENARKAN memasuki kamsis. Klik butang di bawah untuk melihat persekitaran kamsis.

logokomp

KOMPUTER

Pelajar AMAT DIGALAKKAN memiliki komputer riba sendiri. Namun bagi pelajar yang kurang kemampuan, makmal komputer disediakan untuk keperluan pembelajaran.

logocash

KEWANGAN

Pelajar dinasihati tidak memegang tunai dalam jumlah yang banyak. Terdapat mesin ATM (MEPS) di Pusat Pelajar sekiranya memerlukan tunai.

logocar

KENDERAAN

Semua pelajar (termasuk pelajar baharu) dibenarkan membawa kenderaan (kereta / motor / basikal). Sila berhubung dengan HEP untuk memohon stiker kenderaan.

WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.18 PM
WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.17 PM