Hari Pendaftaran Pelajar Baharu
Rupa Diri

“Pemakaian pelajar baharu di Hari Pendaftaran”

Semua calon pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika pemakaian hari pendaftaran. Sila rujuk ETIKA PAKAIAN untuk perincian.
Calon pelajar dikehendaki membawa pen, pelitup muka dan ‘hand sanitizer‘ sendiri.
Dokumen Lapor Diri

“Pastikan semua dokumen lengkap untuk kelancaran proses pendaftaran”
Senarai semak borang
serahan kepada
Unit Kamsis
Senarai semak borang
serahan kepada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Sila lengkapkan dokumen lapor diri dan masukkan di dalam sampul surat bersaiz A4

Lokasi Pendaftaran

8.30 – 10.30 pg
Kafeteria Asrama
2.00 ptg
Dewan Kuliah 1
Semua pelajar baharu dikehendaki mendaftar asrama di:
Lokasi : Kafeteria Asrama
Tarikh : 29 Januari 2023 (Ahad)
Masa : 8.30 hingga 10.30 pagi
Dokumen serahan : SAMPUL 1
Sila serahkan SAMPUL 1 kepada petugas kaunter, ambil kunci bilik dan bergerak ke bilik masing-masing. Waris dibenarkan melawat bilik kamsis, tetapi untuk kamsis perempuan, hanya waris perempuan sahaja dibenarkan masuk.
Taklimat waris akan dilaksanakan di Dewan Kuliah Utama, jam 11.00 pagi.
Pelajar baharu dikehendaki melapor diri sebagai pelajar PBU di:
Lokasi : Dewan Kuliah 1
Tarikh : 29 Januari 2023 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Dokumen serahan : SAMPUL 2
Sila bawa bersama dokumen asal berikut untuk pengesahan :-
- Kad Pengenalan pelajar
- Sijil SPM
- Sijil Kolej Komuniti / Sijil Kemahiran Malaysia dll
- Sijil Berhenti Sekolah
Lain-lain

KUNCI BILIK
Kunci bilik asrama akan diserahkan di Kaunter Asrama dalam DSN.
KEMAS BARANG
Selesai lapor diri di Dewan Serbaguna, pelajar boleh masuk ke bilik dan mengemas barang peribadi.
BANTAL & CADAR
Bantal dan cadar TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kamsis. Bantal & cadar (saiz single) perlu dibawa oleh pelajar.
MAKAN MINUM SENDIRI
Makanan dan minuman boleh dibeli di kafeteria asrama, kantin Pusat Pelajar, koperasi dan K-Shoppe. Touch & Go eWallet diterima.
KELENGKAPAN SOLAT
Pelajar Muslim DIWAJIBKAN membawa sejadah, baju Melayu, telekung sendiri untuk aktiviti solat di Pusat Islam.
GAMBAR KAMSIS
Klik butang di bawah untuk melihat persekitaran kamsis.
KOMPUTER
Pelajar AMAT DIGALAKKAN memiliki komputer riba sendiri. Namun bagi pelajar yang kurang kemampuan, makmal komputer disediakan untuk keperluan pembelajaran.
KEWANGAN
Pelajar dinasihati tidak memegang tunai dalam jumlah yang banyak. Terdapat mesin ATM (MEPS) di Pusat Pelajar sekiranya memerlukan tunai.
KENDERAAN
Semua pelajar (termasuk pelajar baharu) dibenarkan membawa kenderaan (kereta / motor / basikal). Sila berhubung dengan HEP untuk memohon stiker kenderaan.