1.
Setuju Terima

Membuat semakan tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan klik butang SAYA SETUJU TERIMA TAWARAN INI untuk menerima tawaran pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU).
2.
Info Pelajar

Informasi terkini dimaklumkan melalui Group WhatsApp.
Calon pelajar yang telah SETUJU TERIMA TAWARAN diwajibkan untuk menyertai kumpulan ini :-
![]() |
Isi borang permohonan. Admin akan menghantar link jemputan kepada calon pelajar.
Waris @ wakil pelajar DILARANG menyertai Group WhatsApp ini ! |
3.
Borang BJT-JPP

Cetak Surat Tawaran & Borang Jawapan Tawaran (BJT-JPP) di http://ambilan.mypolycc.edu.my/.
Kesemua dokumen ini perlu dipos ke Politeknik Balik Pulau dalam tempoh 14 hari dari tarikh setuju terima.

Nota :
- Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu.
- Cetakan TIDAK BOLEH dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.
SUSUNAN BORANG JAWAPAN TAWARAN (KLIK SETIAP DOKUMEN DI BAWAH)
Alamat Pos :
Pengarah
Politeknik Balik Pulau
Pinang Nirai Mukim 6
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
(U/P : Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
Sila pos BJT-JPP ke alamat di atas.
TIDAK DIGALAKKAN menghantar secara serahan terus ke Politeknik Balik Pulau.
4.
Borang
HEP 1-6

Cetak Borang HEP 1, 2, 3, 4, 5 & 6.
Lengkapkan dan bawa pada Hari Pendaftaran (29 Januari 2023 (Ahad) di kampus PBU).
Nota :
- Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik Balik Pulau.
- Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu
- Cetakan TIDAK BOLEH dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.
CARA MENGISI BORANG HEP 1 – 6
5.
Yuran

Yuran
Pengajian
RM200.00
Yuran
Asrama
RM360.00
Bayaran
Pelbagai
RM300.00
KAEDAH BAYARAN JOMPAY
Yuran Pengajian dan Yuran Asrama HANYA boleh dibuat melalui perbankan Internet JomPAY.
Langkah 1 : Log masuk ke perbankan Internet atau Mobile Banking
Langkah 2 : Pilih JomPAY pada menu Pay Bills
Langkah 3 : Isi maklumat seperti di bawah:
“Pay Amount” berjumlah RM560.00 (Yuran Pengajian RM200 + Yuran Asrama RM360)
Langkah 4 : Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan pembayaran
Langkah 5 : JomPAY Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi bayaran berjaya dilakukan.
JomPAY menerima transaksi daripada bank-bank berikut:-
Setiap resit bayaran yuran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran. Slip bayaran perlu diserahkan kepada pihak JHEP apabila lapor diri ke kampus.
Patuhi arahan ketika membuat bayaran yuran. Pihak politeknik TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran. |
KAEDAH BAYARAN PELBAGAI
TARIKH AKHIR BAYARAN YURAN :
25 JANUARI 2023
6.
Daftar Online

SEMAKAN BAYARAN
Setelah bayaran yuran dijelaskan, sila tunggu 24-48 jam untuk pengesahan bayaran.
Cara semakan penerimaan bayaran adalah seperti berikut :-
LOG MASUK KE SISTEM SPMP (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PELAJAR)
Masukkan nombor kad pengenalan pelajar. Contoh : 020304056789
SEMAK STATUS BAYARAN
Klik “Semak Status Bayaran”. Bayaran yang diterima akan dipaparkan.
PENDAFTARAN ONLINE
SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN
PENTING !
Cetak slip pengesahan pendaftaran online.
TAHNIAH !
PROSES PENDAFTARAN ONLINE
SELESAI