Modul Inspirasi Diri

mind

Modul Inspirasi Diri (MInD) ini didedikasikan khas untuk anda sebagai salah seorang pelajar di Politeknik Malaysia. Modul ini akan memandu anda ke arah kecemerlangan diri sepanjang pengajian. Harapan kami agar anda mampu merancang kecemerlangan kerjaya seawal semester satu pengajian.

Pelaksanaan modul ini bergantung kepada kesesuaian dan keperluan di sesebuah politeknik. Politeknik, jabatan dan unit-unit akan bertindak sebagai pemudahcara semasa anda menggunakan modul ini. Kami akan berusaha membantu anda mencapai kejayaan gemilang yang diimpikan. Kecemerlangan adalah milik semua orang yang gigih berusaha tidak mengira kaum, bangsa atau agama. Setiap individu boleh mencapai kecemerlangan
sama ada dalam kerjaya atau kehidupan sekiranya mereka benar-benar berusaha serta mengetahui rahsia di sebaliknya. Harapan kami agar anda menjadi pelajar yang cemerlang akhlak dan tingkah laku sekaligus mencapai keseimbangan dalam kehidupan.

Kami menaruh harapan yang tinggi agar anda berjaya bergraduat dengan cemerlang dan melangkah keluar sebagai alumni terbaik yang pernah dilahirkan di politeknik. Semoga kejayaan menjadi milik anda walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga bermanfaat!

Jabatan Pendidikan Politeknik
Kementerian Pendidikan Tinggi
2016