Pengenalan
Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah diperkenalkan di politeknik sejak tahun 2004. SPAk diwujudkan sebagai satu saluran perhubungan yang sistematik di antara pelajar dengan Penasihat Akademik (PA).
Selain itu, sistem ini turut melibatkan pegawai psikologi (PPsi), pegawai Collaboration, Industrial Services dan Employment Centre (CISEC), pegawai Unit Teknologi Maklumat serta warga politeknik amnya.