Politeknik Balik Pulau mewajibkan aktiviti ko-kurikulum kepada semua pelajarnya. Kelab dan persatuan ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan kegiatan ko-kurikulum pada masa lapang, melatih pelajar menjadi seorang pemimpin, mengeratkan perpaduan berbilang kaum, membentuk sahsiah mahasiswa dan menumpukan nilai-nilai akademik dalam kegiatan pelajar.

Adalah menjadi lumrah bahawa keterampilan dan keupayaan penyesuaian diri dengan pelbagai situasi menjadi salah satu faktor penentu terhadap kemajuan dan kecemerlangan pelajar.

Kelab dan persatuan di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Balik Pulau adalah :-

  • Kelab PROSIS (Program Siswa Sihat)
  • Kelab GPS (Gabungan Pengguna Siswa)
  • Kelab UNESCO
  • Kelab AKSARA
  • Kelab Taekwondo