
Pembelajaran Berasaskan Praktikal
Teori akademik, latihan praktikal, kemahiran komunikasi, pembentangan serta kemahiran menyelesaikan masalah mendorong pembelajaran dan keyakinan diri pelajar.

Tenaga Pengajar Berkelayakan
Para pensyarah yang terlatih, mempunyai kepakaran, kelayakan, kemahiran yang cekap untuk menyampaikan ilmu. Sebahagiannya memiliki sijil profesional dalam bidang kepakaran masing-masing.
Kebolehpasaran Graduan
99.3% graduan PBU mendapat tawaran kerja atau menyambung pengajian ke peringkat ijazah dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

Fasiliti
PBU menyediakan persekitaran pembelajaran yang cemerlang. Kemudahan seperti makmal komputer dengan perisian terkini, bilik kuliah yang selesa, dewan kuliah moden, Technology-Enabled Collaborative Classroom, perpustakaan serta pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang komprehensif. PBU merupakan premis mesra OKU.


Yuran Pengajian
Antara yuran IPT termurah di Malaysia! Dengan hanya kurang RM3,000 pelajar boleh memiliki segulung diploma dalam tempoh 2½ tahun.

IR 4.0
Mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0, pelajar PBU diasah kemahiran dengan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan industri. Pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti, kreatif dan inovatif dalam memperlengkapkan diri mereka bersaing di peringkat global.
Latihan Industri
Pelajar PBU menjalani latihan industri (praktikal) pada semester akhir yang dapat mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Ia bukan sahaja memberi gambaran realiti tentang alam bekerja, tetapi mendedahkan juga pelajar kepada teknologi dan pengetahuan terbaru yang digunapakai di pasaran.

Pengiktirafan
PBU telah mendapat pelbagai pengiktiran dari pelbagai agensi. Antaranya ialah “Premier Digital Tech Polytechnic” dari MDEC, “Educational Organisations Management System” dari SIRIM dan “Ekosistem Kondusif Sektor Awam” dari MAMPU.
