SINOPSIS PROGRAM

 

Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat.

Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT.

Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.

Program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) atau singkatannya DDT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik, buat pilihan program DDT di Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek yang diminati.

PROSPEK KERJAYA

 

Permintaan tenaga kerja ICT dijangka mempunyai pertumbuhan kukuh kebelakangan ini berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan graduan IT yang yang memenuhi kehendak dan keperluan industri dalam dan luar negara.

Oleh itu, graduan dari program ini dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai bidang kerjaya dalam dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran pekerjaan seperti:

  • Computer Application Programmer
  • Internet Programmer
  • Web Programmer
  • Database Programmer
  • System Analysts Assistant
  • Software Developer
  • Database Administrator
  • Software Tester
  • System Support Personnel
  • Systems Programmer
  • Network Support Personnel
  • Network Administrator
  • IT Supporting Engineer
  • Assistant Network Engineer
  • Technical Helpdesk / Support.

SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat tiga (3) Kepujian dalam :
    1. Matematik dan
    2. DUA (2) matapelajaran lain
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah
  5. Lulus Matematik (SPM) dan satu (1) kepujian mata pelajaran lain bagi lulusan Kolej Komuniti
    ATAU
    Kepujian Matematik (SPM) bagi institusi lain
  6. Lulus pengajian peringkat Sijil.

  1. Lulus Pra Diploma Sains

 

 

 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
  3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

Bagi Lulusan Selain SPM, calon pelajar mesti LULUS salah satu pengajian peringkat Sijil seperti berikut:

1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
  • Sijil Teknologi Maklumat
2. Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
  • Sijil Aplikasi Perisian Komputer
  • Sijil Rangkaian Komputer
  • Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
  • Sijil Teknologi Maklumat
3. Sijil Institut Kemahiran Tinggi PERDA Tahap 3, KKM
  • Sijil Teknologi Maklumat
4. Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
  • Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
5. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
  • Juruteknik Rangkaian Komputer (D-050-3)
  • Juruteknik Rangkaian Komputer (D-051-3)
  • Juruteknik Rangkaian Komputer (IT-030-3)
  • Juruteknik Sistem Komputer (D-040-3)
  • Juruteknik Sistem Komputer (D-041-3)
  • Operasi Sistem Komputer (IT-020-3:2013:)
  • Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama (IT-010-3)
  • Perkhidmatan Rangkaian Komputer (IT-030-3:2013:)
  • Sokongan & Penyelenggaraan IT (IT-035-4:2014)