Fungsi Kebajikan & Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut:-

1) Membantu pelajar berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan pelajar.

2) Menguruskan insurans kelompok pelajar

3) Membantu pelajar di dalam hal-hal berkaitan penginapan pelajar.

4) Memantau dan mengawal selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), serta kelab dan persatuan yang ditubuhkan di Politeknik Balik Pulau.

Fungsi Disiplin dan Tindakan Tatatertib adalah seperti berikut :-

Semua pelajar Politeknik Balik Pulau (PBU) tertakluk di bawah Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak PBU dari semasa ke semasa.

Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi yang menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan dalaman yang digunapakai di PBU diedarkan kepada semua pelajar-pelajar baharu.

Pelajar yang melanggar peraturan tatatertib yang ditetapkan akan diambil tindakan selaras dengan Jadual V, Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).