Hari Pendaftaran

Pendaftaran Kampus 4 Januari 2026

Calon pelajar Semester 1 dikehendaki mendaftar di kampus PBU berdasarkan butiran berikut:- 

  • 4 JANUARI 2026 (AHAD)
  • 8.30 – 12.30 tgh 
  • Dewan Seri Nirai, Politeknik Balik Pulau

Rupa Diri

testimonial-stars

“Pemakaian pelajar baharu di Hari Pendaftaran”

bajupel2

Semua calon pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika pemakaian hari pendaftaran. Sila rujuk ETIKA PAKAIAN untuk perincian.

Dokumen Lapor Diri

testimonial-stars

“Pastikan semua dokumen lengkap untuk kelancaran proses pendaftaran”

Serahan SAMPUL 1 pada 4 Januari 2026 (Ahad)  kepada Unit Kamsis di Dewan Seri Nirai.

Serahan SAMPUL 2 pada 5 Januari 2026 (Isnin)  kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Dewan Seri Nirai.

 

sampul

Lokasi Pendaftaran

testimonial-stars

8.30 pagi – 12.30 tgh
4 Januari 2026 (Ahad)
DSN

Semua pelajar baharu dikehendaki mendaftar asrama di:

Lokasi : Dewan Seri Nirai (DSN)
Tarikh : 4 Januari 2026 (AHAD)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tgh
Pakaian pelajar : Smart casual
Dokumen serahan : SAMPUL 1

Sila serahkan SAMPUL 1 kepada petugas kaunter, ambil kunci bilik dan bergerak ke bilik masing-masing.
Waris dibenarkan melawat bilik kamsis.
Untuk kamsis perempuan, hanya waris perempuan  sahaja dibenarkan masuk.

testimonial-stars

Pelajar baharu dikehendaki melapor diri sebagai pelajar PBU di:

Lokasi : Dewan Seri Nirai
Tarikh : 5 Januari 2026 (ISNIN)
Masa : 8.00 pagi
Pakaian pelajar : Pakaian rasmi Isnin (putih hitam)
Dokumen serahan : SAMPUL 2

Sila bawa bersama DOKUMEN ASAL (ORIGINAL) berikut untuk pengesahan :-

  1. Kad Pengenalan pelajar
  2. Sijil SPM
  3. Sijil Kolej Komuniti / Sijil Kemahiran Malaysia dll
  4. Sijil Berhenti Sekolah

Lain-lain

testimonial-stars

KUNCI BILIK

Kunci bilik asrama akan diserahkan semasa pendaftaran kamsis di Kafeteria

BILIK

Pelajar boleh masuk ke bilik dan mengemas barangan peribadi.

BANTAL

Bantal TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kamsis. Cadar dan sarung bantal diberi semasa Hari Pendaftaran.

KELENGKAPAN SOLAT

Pelajar Muslim DIWAJIBKAN membawa sejadah, baju Melayu, telekung  sendiri untuk aktiviti solat di Pusat Islam.

MAKAN MINUM

Makanan dan minuman boleh dibeli di kafeteria asrama, kantin Pusat Pelajar, koperasi dan K-Shoppe. Touch&Go eWallet, QR code diterima. 

GAMBAR KAMSIS

Klik SINI butang di bawah untuk melihat persekitaran kamsis.

barangboleh
barangtakboleh
istockphoto-1421859468-612x612-removebg-preview

Sepanjang berada di Politeknik Balik Pulau, makan dan minum adalah atas perbelanjaan pelajar sendiri. 

Semua kafeteria dan kedai koperasi menerima pembayaran tunai, Touch n Go eWallet dan QR.  

Minggu Transformasi Siswa (MTS)

Minggu Transformasi Siswa, satu inisiatif penting dalam membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di Politeknik.

Sepanjang minggu ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai taklimat dan pengisian berkaitan aspek penting kehidupan sebagai pelajar, termasuk hal ehwal pelajar, disiplin, taklimat perpustakaan, keusahawanan, kokurikulum,  peperiksaan, psikologi dan banyak lagi.

Program ini dapat memberi panduan awal yang berguna serta membina asas yang kukuh untuk kejayaan sepanjang tempoh pengajian nanti.