Rupa Diri / Pakaian
Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan, tidak ketat, tidak jarang, tidak menjolok mata dan berpakaian sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia. Pelajar wajib mempamerkan dengan jelas Kad Matrik Pelajar semasa berada di dalam kawasan kampus. Pelajar tidak memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan mana-mana pertubuhan luar atau kumpulan tertentu kecuali dalam keadaan tertentu dengan kebenaran Pengarah Politeknik.
Rupa Diri Hari Pendaftaran
21 & 22 Jun 2026
Pendaftaran @ DSN
Calon pelajar dibenarkan memakai pakaian kasual dan kemas untuk hari pendaftaran.
Rupa Diri Hari Pengkuliahan
(Isnin – Jumaat)
Etika pakaian hari pengkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-
PELAJAR LELAKI
Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal
- Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
- Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
- Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
- Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
- Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok
- Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans‟dan bentuk/potong menyerupai “jeans” TIDAK dibenarkan).
- Berkasut dan berstokin.
- Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
- Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
PELAJAR PEREMPUAN
Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal
- Semua Pelajar wanita Islam diwajibkan menutup aurat mengikut syarak.
- Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
- Pelajar bukan Muslim TIDAK dibenarkan memakai “skirt” yang lebih pendek dari paras lutut.
- Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T‟ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
- Berseluar yang tidak ketat. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans” dan bentuk/potong menyerupai “jeans” tidak dibenarkan).
- Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup penuh (bahagian jari hingga pergelangan kaki) Semasa ke kuliah dan majlis rasmi.
