Proses Pendaftaran

1 / 8
Setuju Terima

testimonial-stars
semakan2

Membuat semakan tawaran di http://ambilan.mypolycc.edu.my/ dan klik butang
SAYA MENERIMA TAWARAN INI”
untuk menyambung pengajian di Politeknik Balik Pulau (PBU).

2 / 8
Group Info

testimonial-stars

Hanya untuk calon pelajar

Sebarang informasi terkini dimaklumkan melalui Group WhatsApp.

Calon pelajar yang telah SETUJU TERIMA TAWARAN diwajibkan untuk menyertai kumpulan ini :-

Isi borang permohonan online tersebut. Maklumat yang diperlukan adalah :

  • info ringkas pelajar
  • maklumat kad pelajar
  • saiz baju

Link group diberi selepas login  calon pelajar.

Nota : Ini adalah group rasmi pelajar baharu PBU.
Pihak PBU tidak bertanggungjawab ke atas info dari group lain yang diwujudkan tanpa kebenaran. 
 

Waris @ Wakil pelajar DILARANG menyertai Group WhatsApp ini !

3 / 8
Borang BJT-BAPP

testimonial-stars

BJT-BAPP adalah Borang Jawapan Tawaran – Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar

Cetak Surat Tawaran & Borang Jawapan Tawaran (BJT-BAPP) di http://ambilan.mypolycc.edu.my/.

Kesemua dokumen ini perlu dipos ke Politeknik Balik Pulau dalam tempoh 7 hari dari tarikh setuju terima.

2025bjtss

Nota :

  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu.
  • Cetakan TIDAK BOLEH dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

SUSUNAN BORANG JAWAPAN TAWARAN (KLIK SETIAP DOKUMEN DI BAWAH)

 

Alamat Pos :
Pengarah
Politeknik Balik Pulau
Pinang Nirai, Mukim 6
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
(U/P : Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Sila pos BJT-BAPP ke alamat seperti di atas.

 

 

Paparan status BJT-BAPP yang telah sampai ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Balik Pulau adalah seperti berikut :-

ambil2

4 / 8
Borang
BHEP 1-6

testimonial-stars

BHEP 1
Borang Maklumat Peribadi Pelajar

BHEP 2
Laporan Pemeriksaan Kesihatan

BHEP 3
Perakuan Pelepasan Tanggungjawab

BHEP 4
Kebenaran Rawatan Pembedahan

BHEP 5
Aku Janji Pelajar

BHEP 6
Pengesahan Pendapatan

Cetak Borang BHEP 1, 2, 3, 4, 5 & 6.
Lengkapkan dan bawa pada Hari Pendaftaran, 4 Januari 2026 (AHAD).
Borang ini TIDAK PERLU POS kepada PBU.

2025bhep16ss

Nota :

  • Pelajar perlu menjalani pemeriksaan kesihatan (lengkapkan BHEP 2) di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum melapor diri sebagai pelajar Politeknik Balik Pulau. X-Ray TIDAK PERLU diserahkan kepada pihak politeknik.
  • Setiap dokumen mestilah dicetak pada satu muka kertas bersaiz A4 untuk setiap satu
  • Cetakan TIDAK BOLEH dilakukan pada muka hadapan dan belakang helaian yang sama.

CARA MENGISI BORANG BHEP1-6

nopendg

5 / 8
Dokumen Lapor Diri

testimonial-stars

“Pastikan semua dokumen lengkap untuk kelancaran proses pendaftaran”

SAMPUL 1

Rujuk senarai semak, lengkapkan dan masukkan di dalam sampul surat seperti di bawah:-

sampul 11

Serahan kepada
Unit Kamsis
4 Januari 2026 (AHAD)

nopendw

SAMPUL 2

Rujuk senarai semak, KLIP ikut SET,  dan masukkan di dalam sampul surat seperti di bawah :-

sampul 22

Serahan kepada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
5 Januari 2026 (ISNIN)

  • Contoh salinan penyata bank (Sampul 2), klik SINI
  • Bersama Sampul 2, sila bawa DOKUMEN ASAL (ORIGINAL) untuk pengesahan di kaunter pendaftaran :-
    1. Kad Pengenalan pelajar
    2. Sijil SPM
    3. Sijil Kolej Komuniti / Sijil Kemahiran Malaysia dll
    4. Sijil Berhenti Sekolah

6 / 8
Yuran

testimonial-stars

YURAN PENGAJIAN & ASRAMA

RM 200 + RM 360

BAYARAN
PELBAGAI

RM 300.00

YURAN
MSP

RM 25.00

TEMPOH BAYARAN YURAN :
8 HINGGA 31 DISEMBER 2025
DILANJUTKAN SEHINGGA 2 JAN 2026

Pelajar semester 1 diwajibkan tinggal di kamsis (asrama) dengan jumlah yuran RM560.00.

Sekiranya pelajar semester 1 berasal dari Balik Pulau (dan kawasan sekitar) yang INGIN MENOLAK penempatan kamsis (asrama), sila hubungi pejabat HEP 04-8689000 samb 526 untuk membatalkan tawaran asrama. Yuran Pengajian dan Asrama yang perlu dibayar hanya RM200.00 (RM560.00)

7 / 8
Semakan Bayaran

testimonial-stars

Setelah bayaran yuran dijelaskan, sila tunggu 24-48 jam untuk pengesahan bayaran.

Cara semakan penerimaan bayaran adalah seperti berikut :-

LOG MASUK KE SISTEM SPMP (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT PELAJAR)
Masukkan nombor kad pengenalan pelajar. Contoh : 070304056789

Klik “Semak Status Bayaran”. Bayaran Yuran Pengajian dan Asrama (RM560) akan dipaparkan.

Bayaran Pelbagai (RM300) dan Yuran MSP (RM25) TIDAK DIPAPARKAN di sini.

4B

8 / 8
Daftar Online

testimonial-stars

Setelah pembayaran disahkan, butang ke-4 akan dipaparkan

Teruskan dengan mengklik butang “Teruskan Untuk Pendaftaran”.

daftar3

Maklumat pelajar dipaparkan. Klik “Cetak Slip” Pada paparan ini, pelajar secara rasmi diberikan :

  • Nombor Pendaftaran Pelajar
  • Kelas DIT1X @ DRG1A
  • Nombor Bilik Kamsis
daftar4

SLIP PENGESAHAN PENDAFTARAN

PENTING !
Cetak slip pengesahan pendaftaran online. 

slipdo1

TAHNIAH !
PROSES PENDAFTARAN ONLINE
SELESAI