Rupa Diri / Pakaian

FNX5xoOVcAgRQOc

Rupa Diri / Pakaian

Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan, tidak ketat, tidak jarang, tidak menjolok mata dan berpakaian sesuai dengan amalan masyarakat Malaysia. Pelajar wajib mempamerkan dengan jelas Kad Matrik Pelajar semasa berada di dalam kawasan kampus. Pelajar tidak memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan mana-mana pertubuhan luar atau kumpulan tertentu kecuali dalam keadaan tertentu dengan kebenaran Pengarah Politeknik.

Rupa Diri Hari Pendaftaran

4 Januari 2026

testimonial-stars

Pendaftaran Kamsis
@ DSN

 

Calon pelajar dibenarkan memakai pakaian kasual dan kemas untuk pendaftaran kamsis.

bajupel2

5 Januari 2026

testimonial-stars

Pendaftaran Rasmi Pelajar
@ Dewan Seri Nirai

 

Calon pelajar dikehendaki memakai pakaian seperti di bawah :

boy-220x270
girl

Rupa Diri Hari Pengkuliahan
(Setiap Isnin)

Semasa sesi Minggu Transformasi Siswa (MTS), semua pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika rupa diri.

Panduan rupa diri di bawah adalah :-

  • DIWAJIBKAN setiap hari ISNIN hari pengkuliahan.
boy-220x270

PELAJAR LELAKI

Rambut Pelajar Lelaki

  • Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan atau mengikut potongan fesyen rambut tertentu. Belakang tidak menyentuh paras kolar baju, paras tepi tidak menyentuh paras atas telinga dan paras depan tidak menyentuh paras dahi.


Pakaian Pelajar Lelaki

  • Baju kemeja lengan panjang berwarna PUTIH.
  • Tali leher HITAM – Tidak mempunyai corak atau gambar (Plain)
  • Seluar panjang jenis ‘slack’ berwarna HITAM – seluar jeans dan denim tidak dibenarkan.
  • Bertali pinggang biasa berwarna hitam – pastikan tidak mempunyai corak atau kepala tali pinggang yang berbentuk keterlaluan dan tidak wajar.


Kasut Pelajar Lelaki

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut sukan tidak dibenarkan.
girl

PELAJAR PEREMPUAN

Rambut Pelajar Perempuan ( BUKAN ISLAM )

  • Kemas
  • Tidak diwarnakan
  • Tidak berfesyen

Pakaian Pelajar Perempuan

  • Tudung HITAM (Islam)
  • Baju kurung PUTIH (Islam & bukan Islam)
  • Baju kemeja PUTIH dipadankan dengan kain atau seluar slack HITAM (Pilihan pakaian untuk bukan Islam).
  • Sopan dan tidak menjolok mata

Kasut Pelajar Perempuan

  • Berwarna GELAP dan bertutup penuh.
  • Memakai stoking dengan sempurna.
  • Kasut bertumit tinggi dan kasut sukan tidak dibenarkan.

Rupa Diri Hari Pengkuliahan
(Selasa – Jumaat)

Etika pakaian hari pengkuliahan biasa adalah seperti gambar di bawah :-

bajupel2

PELAJAR LELAKI

Pakaian ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
  2. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T” tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  3. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
  4. Baju hendaklah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
  5. Pemakaian baju kebangsaan dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok
  6. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans‟dan bentuk/potong menyerupai “jeans” TIDAK dibenarkan).
  7. Berkasut dan berstokin.
  8. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
  9. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.

PELAJAR PEREMPUAN

Pakaian Ke Kelas/Bengkel/Makmal

  1. Semua Pelajar wanita Islam diwajibkan menutup aurat mengikut syarak.
  2. Pakaian yang menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan.
  3. Pelajar bukan Muslim TIDAK dibenarkan memakai “skirt” yang lebih pendek dari paras lutut.
  4. Baju “T” berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju “T‟ tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
  5. Berseluar yang tidak ketat. Berseluar “slack” (Pemakaian seluar “jeans” dan bentuk/potong menyerupai “jeans” tidak dibenarkan).
  6. Semua pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup penuh (bahagian jari hingga pergelangan kaki) Semasa ke kuliah dan majlis rasmi.