Selamat Kembali Ke Kampus PBU
Tahniah dan Syabas!
Tahniah dan syabas atas kejayaan anda dalam Penilaian & Peperiksaan Akhir sesi I : 2025/2026.
Bagi urusan lapor diri sesi II : 2025/2026, semua pelajar senior (semester 2 ke atas) dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut:
- Menjelaskan bayaran yuran mengikut panduan di bawah.
- Semak keputusan penilaian/peperiksaan akhir Sesi I : 2025/2026 di iEXAM.
- Lapor diri senior di iHELP.
- Mendaftar kursus di iDAFTAR.
- Merujuk Penasihat Akademik (PA) sekiranya terdapat isu pendaftaran kursus.
- Lapor diri kamsis bagi pelajar ditawarkan asrama.
Pastikan anda tidak berstatus
GAGAL BERHENTI (GB)
Tarikh Penting
| TARIKH | PERKARA |
|---|---|
| 2 Januari 2026 Jumaat | Portal dibuka Pembayaran yuran diterima |
| 2 Januari 2026 Jumaat | Lapor diri senior @ iHelp diaktifkan |
| 5 Januari 2026 Isnin | Pendaftaran kursus @ iDaftar diaktifkan |
| 11 Januari 2026 Ahad | Tarikh akhir bayaran yuran |
| 11 Januari 2026 Ahad | Lapor diri kamsis bagi tawaran kamsis |
| 12 Januari 2026 Isnin | Kuliah bermula |
Yuran
Jumlah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar adalah seperti berikut:
| SEMESTER SPMP | NO. PENDAFTARAN | YURAN PENGAJIAN | YURAN ASRAMA* | BAYARAN PELBAGAI | YURAN MSP |
|---|---|---|---|---|---|
| 2 | 21DIT25F1xxx 21DRG25F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00* | - | RM 15.00 |
| 3 | 21DIT24F2xxx 21DRG24F2xxx | RM 200.00 | RM 360.00* | RM 35.00 | RM 15.00 |
| 4 | 21DIT24F1xxx 21DRG24F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00* | - | RM 15.00 |
| 5 | 21DIT23F2xxx 21DDTxxFxxxx | RM 200.00 | RM 360.00* | RM 35.00 | RM 15.00 |
| 6 (Belum LI) | 21DDT23F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00* | - | - |
| 7 (Belum LI) | 21DDT22F2xxx | RM 200.00 | RM 360.00* | RM 35.00 | - |
| LI SEM 5, 7, 9 | - | - | - | RM 35.00 | - |
| LI SEM 6, 8 | - | - | - | - | - |
YURAN ASRAMA perlu dijelaskan bagi pelajar yang telah DITAWARKAN asrama sahaja.
Bagi pelajar dari politeknik lain yang berjaya pertukaran masuk ke PBU, sila jelaskan
Yuran Pengajian RM200
Yuran Asrama RM360 (jika menginap di asrama),
Bayaran Pelbagai (sila rujuk jadual di atas) dan
Yuran MSP RM15 (sem 2 hingga sem 5)
Tempoh bayaran yuran :
2 hingga 11 JANUARI 2026
Kaedah Bayaran Yuran
YURAN PENGAJIAN & ASRAMA*
Yuran Pengajian (RM200.00) dan Yuran Asrama (RM360.00) HANYA boleh dibuat melalui aplikasi iPAYMENT.
Panduan PENDAFTARAN dan PEMBAYARAN menggunakan iPayment seperti berikut :
Kredit video : JHEP Poli Port Dickson
Bayaran akan dikemaskini SELEPAS 24 JAM hari bekerja.
BAYARAN PELBAGAI*
Bayaran Pelbagai untuk premium insurans semester pelajar yang terlibat, melalui ToyyibPay.
YURAN MSP
Bayaran boleh dibuat melalui Pindahan Wang (Fund Transfer) ke akaun Tetuan Majlis Sukan Politeknik.
Sila nyatakan No Kad Pengenalan Pelajar sebagai rujukan semasa membuat bayaran.
Sila kepilkan salinan slip pindahan wang sebagai bukti pembayaran.
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun : Tetuan Majlis Sukan Politeknik
No Akaun : 04033010039668
Jenis akaun : AKAUN SEMASA
Lapor Diri iHELP
Pelajar boleh melapor diri secara online setelah yuran disahkan.
- Login ke SPMP
- Pilih modul iHELP
- Klik menu Lapor Diri Online
- Klik “DAFTARKAN SAYA”
- Pelajar boleh mendaftar kursus di modul iDAFTAR (bermula 5 Januari 2026).
** PELAJAR LI TIDAK PERLU LAPOR DIRI SPMP DAN AKAN DIDAFTARKAN OLEH UPLI
** Tarikh akhir lapor diri di iHelp ialah pada 11 Januari 2026
Lapor Diri Kamsis
Semua pelajar yang ditawarkan penginapan di kamsis hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut :
Tarikh : 11 JANUARI 2026 ( AHAD )
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : Pejabat Kamsis
Serahkan dokumen berikut semasa lapor diri di kamsis.
(versi kemaskini : 7.1.2026)
Lapor Diri Kepada PA
Pelajar perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Penasihat Akademik ( Minggu-1 ) :-
- Slip Lapor Diri Online (iHELP)
- Slip Keputusan Peperiksaan Terkini
- Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama ( RM 200 / RM 360 )
- Slip Bayaran Pelbagai ( RM 35 – untuk pelajar semester 3,5,7 di SPMP)
- Slip Bayaran Yuran MSP
