Selamat Datang Ke PBU
Tahniah kerana permohonan pertukaran ke Politeknik Balik Pulau (PBU) DILULUSKAN. PBU merupakan politeknik yang ke-21 di Malaysia dan politeknik yang kedua di Pulau Pinang. PBU menawarkan Diploma Teknologi Maklumat (DIT) & Diploma Rekabentuk Grafik (DRG).
Tarikh Penting
| TARIKH | PERKARA |
|---|---|
| 2 Januari 2026 Jumaat | Keputusan rasmi peperiksaan. Pembayaran yuran. |
| 11 Januari 2026 Ahad | Pendaftaran asrama |
| 12 Januari 2026 Isnin | - Pendaftaran HEP - Perjumpaan PA - Kuliah bermula |
Yuran
Jumlah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar adalah seperti berikut:
| SEMESTER SPMP | NO. PENDAFTARAN BARU | YURAN PENGAJIAN | YURAN ASRAMA* | BAYARAN PELBAGAI | YURAN MSP |
|---|---|---|---|---|---|
| 2 | 21DIT25F1xxx 21DRG25F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | RM 15.00 |
| 3 | 21DIT24F2xxx 21DRG24F2xxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | RM 15.00 |
| 4 | 21DIT24F1xxx 21DRG24F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | RM 15.00 |
| 5 | 21DIT23F2xxx 21DDTxxFxxxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | RM 15.00 |
| 6 (Belum LI) | 21DDT23F1xxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | - |
| 7 (Belum LI) | 21DDT22F2xxx | RM 200.00 | RM 360.00 | Rujuk JHEP | - |
ASRAMA ditawarkan kepada pelajar yang baru berpindah masuk ke PBU.
Jumlah Bayaran Pelbagai akan ditentukan oleh pihak JHEP.
Tempoh bayaran yuran :
2 hingga 12 JANUARI 2026
Kaedah Bayaran Yuran
YURAN PENGAJIAN & ASRAMA*
Yuran Pengajian (RM200.00) dan Yuran Asrama (RM360.00) HANYA boleh dibuat melalui aplikasi iPAYMENT.
Panduan PENDAFTARAN dan PEMBAYARAN menggunakan iPayment seperti berikut :
Kredit video : JHEP Poli Port Dickson
Bayaran akan dikemaskini SELEPAS 24 JAM hari bekerja.
BAYARAN PELBAGAI*
Bayaran Pelbagai untuk premium insurans semester pelajar yang terlibat, melalui ToyyibPay.
YURAN MSP
Bayaran boleh dibuat melalui Pindahan Wang (Fund Transfer) ke akaun Tetuan Majlis Sukan Politeknik.
Sila nyatakan No Kad Pengenalan Pelajar sebagai rujukan semasa membuat bayaran.
Sila kepilkan salinan slip pindahan wang sebagai bukti pembayaran.
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun : Tetuan Majlis Sukan Politeknik
No Akaun : 04033010039668
Jenis akaun : AKAUN SEMASA
Lapor Diri Kamsis
Semua pelajar bertukar masuk PBU ditawarkan penginapan di kamsis hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut :
Tarikh : 11 JANUARI 2026 ( AHAD )
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : Pejabat Kamsis
Pakaian : Kasual dan kemas
Serahkan dokumen berikut semasa lapor diri di kamsis.
(versi kemaskini : 7.1.2026)
Lapor Diri HEP
Semua pelajar hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut :
Tarikh : 12 JANUARI 2026 ( ISNIN )
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Pakaian : Hitam Putih (rujuk link di bawah)
Pelajar dikehendaki membawa dokumen berikut:
- Surat kelulusan pertukaran politeknik
- Keputusan peperiksaan dari semester 1 hingga terkini
- Gambar passport 1 keping
- Slip Bayaran Yuran Pengajian
- Slip Bayaran Yuran Asrama
- Slip Bayaran Pelbagai
- Slip Bayaran Yuran MSP
Selesai urusan di JHEP, pelajar akan dapat :
- No. pendaftaran pelajar baru
- Jadual waktu kelas
- Nombor telefon PA
Sila berhubung dengan PA untuk urusan selanjutnya.
Lapor Diri Kepada PA
Pelajar perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Penasihat Akademik :-
- Slip Lapor Diri Online (setelah berurusan di JHEP)
- Slip Keputusan Peperiksaan sem 1 hingga terkini
- Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama ( RM 200 / RM 360 )
- Slip Bayaran Pelbagai
- Slip Bayaran Yuran MSP