Pelajar Tukar

Selamat Datang Ke PBU

Tahniah kerana permohonan pertukaran ke Politeknik Balik Pulau (PBU) DILULUSKAN. PBU merupakan politeknik yang ke-21 di Malaysia dan politeknik yang kedua di Pulau Pinang. PBU menawarkan Diploma Teknologi Maklumat (DIT) & Diploma Rekabentuk Grafik (DRG).

Tarikh Penting

TARIKHPERKARA
2 Januari 2026
Jumaat
Keputusan rasmi peperiksaan.
Pembayaran yuran.
11 Januari 2026
Ahad
Pendaftaran asrama
12 Januari 2026
Isnin
- Pendaftaran HEP
- Perjumpaan PA
- Kuliah bermula

Yuran

Jumlah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar adalah seperti berikut:

SEMESTER SPMPNO. PENDAFTARAN BARUYURAN PENGAJIANYURAN ASRAMA*BAYARAN PELBAGAIYURAN MSP
221DIT25F1xxx
21DRG25F1xxx
RM 200.00RM 360.00Rujuk JHEPRM 15.00
321DIT24F2xxx
21DRG24F2xxx
RM 200.00RM 360.00Rujuk JHEPRM 15.00
421DIT24F1xxx
21DRG24F1xxx
RM 200.00RM 360.00Rujuk JHEPRM 15.00
521DIT23F2xxx
21DDTxxFxxxx
RM 200.00RM 360.00Rujuk JHEPRM 15.00
6 (Belum LI)21DDT23F1xxxRM 200.00RM 360.00Rujuk JHEP-
7 (Belum LI)21DDT22F2xxxRM 200.00RM 360.00Rujuk JHEP-

 ASRAMA ditawarkan kepada pelajar yang baru berpindah masuk ke PBU.
Jumlah Bayaran Pelbagai akan ditentukan oleh pihak JHEP.

Tempoh bayaran yuran :
2 hingga 12 JANUARI 2026

Kaedah Bayaran Yuran

YURAN PENGAJIAN & ASRAMA*

Yuran Pengajian (RM200.00) dan Yuran Asrama (RM360.00) HANYA boleh dibuat melalui aplikasi iPAYMENT.

Panduan PENDAFTARAN dan PEMBAYARAN menggunakan iPayment seperti berikut :

Kredit video : JHEP Poli Port Dickson

Bayaran akan dikemaskini SELEPAS 24 JAM hari bekerja.

BAYARAN PELBAGAI*

Bayaran Pelbagai untuk premium insurans semester pelajar yang terlibat, melalui  ToyyibPay.

YURAN MSP

Bayaran boleh dibuat melalui Pindahan Wang (Fund Transfer) ke akaun Tetuan Majlis Sukan Politeknik.

Sila nyatakan No Kad Pengenalan Pelajar sebagai rujukan semasa membuat bayaran.

Sila kepilkan salinan slip pindahan wang sebagai bukti pembayaran.
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun : Tetuan Majlis Sukan Politeknik
No Akaun : 04033010039668
Jenis akaun : AKAUN SEMASA

Lapor Diri Kamsis

Semua pelajar bertukar masuk PBU ditawarkan penginapan di kamsis hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh :  11 JANUARI 2026 ( AHAD )
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi : Pejabat Kamsis
Pakaian : Kasual dan kemas

Serahkan dokumen berikut semasa lapor diri di kamsis.

(versi kemaskini : 7.1.2026)

Lapor Diri HEP

Semua pelajar hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 12 JANUARI 2026 ( ISNIN )
Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Pakaian : Hitam Putih (rujuk link di bawah)

 

Pelajar dikehendaki membawa dokumen berikut:

  1. Surat kelulusan pertukaran politeknik
  2. Keputusan peperiksaan dari semester 1 hingga terkini
  3. Gambar passport 1 keping
  4. Slip Bayaran Yuran Pengajian
  5. Slip Bayaran Yuran Asrama
  6. Slip Bayaran Pelbagai
  7. Slip Bayaran Yuran MSP

 

Selesai urusan di JHEP, pelajar akan dapat :

  1. No. pendaftaran pelajar baru
  2. Jadual waktu kelas
  3. Nombor telefon PA

Sila berhubung dengan PA untuk urusan selanjutnya.

Lapor Diri Kepada PA

Pelajar perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Penasihat Akademik :-

  1. Slip Lapor Diri Online (setelah berurusan di JHEP)
  2. Slip Keputusan Peperiksaan sem 1 hingga terkini
  3. Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama ( RM 200 / RM 360 )
  4. Slip Bayaran Pelbagai
  5. Slip Bayaran Yuran MSP