Lapor Diri Pelajar Senior Sesi I: 2026/2027
Panduan Lapor Diri Pelajar Senior Politeknik Balik Pulau (PBU)
Tarikh Lapor Diri: 28 & 29 Jun 2026
Selamat Datang ke Laman Rasmi PBU!
Dapatkan semua maklumat berkaitan lapor diri pelajar senior sekarang!
Tahniah dan Selamat Kembali ke Kampus
Tahniah dan syabas atas kejayaan anda dalam Penilaian & Peperiksaan Akhir Sesi II: 2025/2026.
Bagi urusan lapor diri Sesi I: 2026/2027, semua pelajar senior (Semester 2 ke atas) dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut:
- Menjelaskan bayaran yuran mengikut panduan yang ditetapkan.
- Semak keputusan Penilaian/Peperiksaan Akhir Sesi II: 2025/2026 di iEXAM.
- Lapor diri senior di iHELP.
- Mendaftar kursus di iDAFTAR.
- Merujuk Penasihat Akademik (PA) sekiranya terdapat isu pendaftaran kursus.
- Lapor diri kamsis bagi pelajar yang ditawarkan penginapan.
- Pastikan anda tidak berstatus GAGAL BERHENTI (GB).
Tarikh Penting Sesi I: 2026/2027
| Tarikh | Perkara |
|---|---|
| 28 Jun 2026 (Ahad) | Portal dibuka & pembayaran yuran diterima |
| 28 Jun 2026 (Ahad) | Lapor diri senior @ iHELP diaktifkan |
| 29 Jun 2026 (Isnin) | Pendaftaran kursus @ iDAFTAR diaktifkan |
| 12 Julai 2026 (Ahad) | Tarikh akhir bayaran yuran |
| 12 Julai 2026 (Ahad) | Lapor diri kamsis bagi tawaran kamsis |
| 13 Julai 2026 (Isnin) | Kuliah bermula |
Bayaran Yuran
26 hingga 27 Julai 2026
Sila pastikan semua bayaran dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang masalah pendaftaran kursus.
Lapor Diri iHELP
Pelajar sesi ini tidak perlu membuat pengesahan lapor diri melalui sistem iHELP.
Status lapor diri telah ditetapkan sebagai: ✅ AKTIF
Tiada tindakan diperlukan daripada pelajar bagi urusan lapor diri iHELP.
Lapor Diri Kamsis
Semua pelajar yang ditawarkan penginapan di kamsis hendaklah hadir berdasarkan ketetapan berikut:
- Tarikh: 12 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
- Lokasi: Pejabat Kamsis
Serahkan dokumen yang diperlukan semasa urusan lapor diri di kamsis.
Lapor Diri Kepada Penasihat Akademik (PA)
Pelajar perlu menyerahkan dokumen-dokumen berikut kepada Penasihat Akademik (Minggu 1):
- Slip Lapor Diri Online (iHELP)
- Slip Keputusan Peperiksaan Terkini
- Slip Bayaran Yuran Pengajian / Yuran Asrama (RM200 / RM360)
- Slip Bayaran Pelbagai (RM35 – untuk pelajar Semester 3, 5, dan 7 di SPMP)
- Slip Bayaran Yuran MSP
Pelajar Pertukaran Masuk Ke Politeknik Balik Pulau
Tahniah kerana berjaya mendapat kelulusan pertukaran masuk ke Politeknik Balik Pulau. Anda perlu melengkapkan proses lapor diri mengikut arahan yang ditetapkan:
- Menjelaskan bayaran yuran pengajian.
- Membuat semakan jadual dan pendaftaran kursus.
- Berhubung dengan Jabatan Akademik sekiranya terdapat isu berkaitan pemindahan kredit atau pendaftaran kursus.
- Lapor diri kamsis sekiranya ditawarkan penginapan.
- Menyerahkan dokumen berkaitan kepada Penasihat Akademik.