Hari Pendaftaran Pelajar Baharu

Pendaftaran @ Kampus PBU

testimonial-stars
29jan

Calon pelajar Semester 1 dikehendaki mendaftar di kampus PBU berdasarkan butiran berikut:- 

  • 29 JANUARI 2024 (ISNIN)
  • 9.00 – 11.00 pagi 
  • Kafeteria Asrama, Politeknik Balik Pulau

 

Panduan perjalanan ke kampus Politeknik Balik Pulau

Rupa Diri

testimonial-stars

“Pemakaian pelajar baharu di Hari Pendaftaran”

student

Semua calon pelajar hendaklah memastikan rupa diri berada dalam keadaan kemas, bersih dan sopan serta mematuhi etika pemakaian hari pendaftaran. Sila rujuk ETIKA PAKAIAN untuk perincian.

Dokumen Lapor Diri

testimonial-stars

“Pastikan semua dokumen lengkap untuk kelancaran proses pendaftaran”

Senarai semak borang 
serahan kepada
Unit Kamsis

Senarai semak borang
serahan kepada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Sila lengkapkan dokumen lapor diri dan masukkan di dalam sampul surat bersaiz A4

sampul

Lokasi Pendaftaran

testimonial-stars

9.00 – 11.00 pg
29 Jan 2024 (Isnin)
Kafeteria Asrama

Semua pelajar baharu dikehendaki mendaftar asrama di:

Lokasi : Kafeteria Asrama
Tarikh : 29 Januari 2024 (ISNIN)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Dokumen serahan : SAMPUL 1

Sila serahkan SAMPUL 1 kepada petugas kaunter, ambil kunci bilik dan bergerak ke bilik masing-masing. Waris dibenarkan melawat bilik kamsis, tetapi untuk kamsis perempuan, hanya waris perempuan  sahaja dibenarkan masuk.

Pelajar baharu dikehendaki melapor diri sebagai pelajar PBU di:

Lokasi : Dewan Kuliah 1
Tarikh : 29 Januari 2024 (ISNIN)
Masa : 2.00 petang
Dokumen serahan : SAMPUL 2

Sila bawa bersama DOKUMEN ASAL (ORIGINAL) berikut untuk pengesahan :-

  1. Kad Pengenalan pelajar
  2. Sijil SPM
  3. Sijil Kolej Komuniti / Sijil Kemahiran Malaysia dll
  4. Sijil Berhenti Sekolah

Lain-lain

testimonial-stars
key

KUNCI BILIK

Kunci bilik asrama akan diserahkan di Kaunter Asrama dalam DSN.

semasa1

KEMAS BARANG

Selesai lapor diri di Dewan Serbaguna, pelajar boleh masuk ke bilik dan mengemas barang peribadi.

semasa4

BANTAL & CADAR

Bantal TIDAK DISEDIAKAN oleh pihak kamsis. Bantal perlu dibawa oleh pelajar. Cadar diberi semasa Hari Pendaftaran.

semasa5

MAKAN MINUM SENDIRI

Makanan dan minuman boleh dibeli di kafeteria asrama, kantin Pusat Pelajar, koperasi dan K-Shoppe. Touch&Go eWallet, QR code diterima. 

ico_solat

KELENGKAPAN SOLAT

Pelajar Muslim DIWAJIBKAN membawa sejadah, baju Melayu, telekung  sendiri untuk aktiviti solat di Pusat Islam.

semasa2

GAMBAR KAMSIS

Klik butang di bawah untuk melihat persekitaran kamsis.

logokomp

KOMPUTER

Pelajar AMAT DIGALAKKAN memiliki komputer riba sendiri. Namun bagi pelajar yang kurang kemampuan, makmal komputer disediakan untuk keperluan pembelajaran.

logocash

KEWANGAN

Pelajar dinasihati tidak memegang tunai dalam jumlah yang banyak. Terdapat mesin ATM (MEPS) di Pusat Pelajar sekiranya memerlukan tunai.

logocar

KENDERAAN

Semua pelajar (termasuk pelajar baharu) dibenarkan membawa kenderaan (kereta / motor / basikal). Sila berhubung dengan HEP untuk memohon stiker kenderaan.

WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.18 PM
WhatsApp Image 2021-10-30 at 8.52.17 PM