Diploma Teknologi Maklumat (DIT)
Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT.
Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
Bidang pengajian rekabentuk grafik merangkumi bidang asas seni lukis, rekabentuk komunikasi visual, teknologi serta amalan perniagaan. Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.
Diploma Teknologi Maklumat (DIT)
Kod Program – DF008
Sinopsis Program
Program pengajian Diploma Teknologi Maklumat ini menyediakan pendidikan dan latihan di dalam bidang Pengkomputeran dengan penekanan khusus pada bidang Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dikelompokkan kepada modul seperti Platform Technologies, Computing Foundation, Programming Essentials, Industry-Led modules dan Industry Domain Cluster yang merujuk kepada tugas tertentu. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam pelbagai sektor ICT. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh pindah dan kemahiran berbagai yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baru. Di samping kursus teknikal, pelajar juga diajar bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Moral Pendidikan, Ko-kurikulum, dan Inventive Problem Solving untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada self-initiated learning dan hands-on competencies, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dunia teknologi pengkomputeran.
Program Diploma Teknologi Maklumat atau singkatannya DIT, menawarkan pengkhususan/trek berbeza mengikut Politeknik, buat pilihan program DIT di Politeknik yang menawarkan pengkhususan/trek yang diminati.
Trek Program di PBU
Pelajar perlu memilih pengkhususan trek pada semester ke-3. Trek yang ditawarkan di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Balik Pulau adalah:
- Software & Application Development
- Networking System
- Information Security (bermula sesi II : 2024/2025)
Prospek Kerjaya
ICT manpower demand is expected to have a strong growth recently based on the research done by Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). The rapid development in ICT has raised the demand for qualified IT graduates that meet the industry needs and requirements for both locally and globally. Thus, graduates from this programme are equipped with the knowledge, skills, attitude and abilities that can be applied to a broad range of careers in the ICT industrial worlds and businesses. The knowledge and skills that the students acquire from the programme will enable them to participate in the job market such as:
- Computer Application Programmer
- Internet Programmer
- Web Programmer
- Database Programmer
- System Analysts Assistant
- Software Developer
- Database Administrator
- Software Tester
- System Support Personnel
- Systems Programmer
- Network Support Personnel
- Network Administrator
- IT Supporting Engineer
- Assistant Network Engineer
- Technical Helpdesk / Support
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) dalam mana-mana matapelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU - Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan:
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan
Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
Kod Program – DV002
Sinopsis Program
Bidang pengajian rekabentuk grafik merangkumi bidang asas seni lukis, rekabentuk komunikasi visual, teknologi serta amalan perniagaan. Program ini menawarkan kursus-kursus antaranya Art History, Fundamental of Art and Design dan Fundamental of Drawing. Manakala kursus-kursus utama bidang grafik yang ditawarkan adalah seperti Introduction to Graphic Design, Digital Imaging, Typography, Advertising, Corporate Identity Design, Digital Illustration, Desktop Publishing, Web Design, Motion Graphic, Environmental Graphic, Photography serta Packaging Design. Selainitu program ini juga menawarkan kursus Communicative English, Entrepreneurship dan Occupational Safety and Health (OSHA).
Program ini merangkumi tempoh pengajian selama lima semester akademik serta satu semester latihan industry iaitu pada semester keenam untuk mendapat pengalaman dan pendedah bekerja di dalam bidang. Penekanan juga diberikan pada pengurusan acara dan portfolio serta teknik persembahan yang dapat menunjukkan keupayaan para pelajar untuk menterjemahkan hasil kreatif yang menarik ke dalam rekabentuk cetak mahupun berasaskan web.
Prospek Kerjaya
Graduan di dalam bidang ini adalah berkelayakan untuk memegang jawatan di peringkat pertengahan atau bekerja sebagai freelancers untuk tugas atau jawatan seperti:
Graphic Designer
- Illustration
- Advertising
- Corporate Identity
- Packaging
- Desktop Publishing
- Visual Merchandising
- Photography
New Media Designer
- Animation
- Multimedia
- Interactive
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana- mana matapelajaran
- Lulus temuduga atau menghantar portfolio yang ditetapkan oleh institusi
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU - Lulus Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan mendapat kepujian Bahasa Melayu SVM 1104 dan PNGK Akademik sekurang – kurangnya 2.00 dan PNGK Vokasional sekurang – kurangnya 2.67 dan kompeten semua modul vokasional dan lulus mata pelajaran Sejarah 1251 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan;
ATAU - Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiental Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali
- Lulus temu duga / penghantaran portfolio
Sijil yang diiktiraf MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan:
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan