๐Ÿ“˜ PANDUAN CALON PELAJAR

Dokumen Pendaftaran

Semak, muat turun dan lengkapkan dokumen lebih awal. Persediaan yang baik membantu urusan lapor diri anda berjalan dengan lebih lancar.

๐Ÿ—“๏ธ
Tarikh pendaftaran
22 November 2026 (Ahad)
โฐ
Masa Pendaftaran
9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“
Lokasi
Dewan Seri Nirai, Politeknik Balik Pulau

MUAT TURUN

Dokumen Pendaftaran

Baca arahan serta senarai semak di dalam setiap sampul sebelum menyediakan dokumen.

๐Ÿ“
DOKUMEN 01 ยท PDF

SAMPUL 1

Semak senarai dokumen dan arahan di dalam SAMPUL 1. Lengkapkan item yang berkaitan dan sediakan untuk diserahkan kepada Unit Kamsis.

Contoh muka hadapan SAMPUL 1 untuk ditampal pada sampul surat
Contoh muka hadapan SAMPUL 1
Cetak muka hadapan ini dan tampal pada bahagian hadapan sampul surat.
โฌ‡ Muat Turun SAMPUL 1
๐Ÿ“‚
DOKUMEN 02 ยท PDF

SAMPUL 2

Semak senarai semak SAMPUL 2. Susun dan klip dokumen mengikut arahan sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).

Contoh muka hadapan SAMPUL 2 untuk ditampal pada sampul surat
Contoh muka hadapan SAMPUL 2
Cetak muka hadapan ini dan tampal pada bahagian hadapan sampul surat.
โฌ‡ Muat Turun SAMPUL 2
๐Ÿ’ก
Tip penting: Lengkapkan borang dengan tulisan yang jelas dan pastikan dokumen disusun mengikut senarai semak yang ditetapkan.

PANDUAN PENGISIAN BORANG

Maksud Istilah / Term

Rujuk istilah dan contoh maklumat berikut semasa mengisi borang pendaftaran.

Istilah / RuanganMaklumat yang perlu diisi
Nombor Pendaftaran / No. Pend.Contoh format: 21DIT26F2999 atau 21DRG26F2999.
NOMBOR PENDAFTARAN PELAJAR dijana selepas
pembayaran yuran disahkan
Borang BJT-BAPP diterima oleh JHEP PBU.
Semester1 (SATU)
SesiII : 2026/2027
ProgramDiploma Teknologi Maklumat (DIT) atau
Diploma Rekabentuk Grafik (DRG)
mengikut program tawaran.
JabatanJabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) atau
Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV)
mengikut program tawaran.
PoliteknikPoliteknik Balik Pulau (PBU)
JawatanPelajar
โš ๏ธ
Perhatian tentang nombor pendaftaran: Jika nombor belum dijana, jangan reka atau isi nombor sendiri. Ikut arahan pada borang atau dapatkan pengesahan daripada JHEP PBU.

PANDUAN MENGISI

Borang BHEP 1โ€“6

Pilih borang untuk melihat panduan pengisian.
Tekan tajuk setiap borang untuk membuka atau menutup panduan.

Jangan lupa masukkan dalam SAMPUL 2 Borang BHEP 1 hingga BHEP 6 yang telah dilengkapkan perlu dilampirkan dalam SAMPUL 2 dan diserahkan di Kaunter C1.
01BHEP 1Panduan pengisian borang

Rujuk panduan di bawah semasa melengkapkan borang BHEP 1.

Panduan mengisi borang BHEP 1
02BHEP 2Panduan langkah demi langkah

Ikuti panduan mengikut turutan gambar berikut.

Panduan BHEP 2, langkah a
Langkah 1
Panduan BHEP 2, langkah b
Langkah 2
Panduan BHEP 2, langkah c
Langkah 3
Panduan BHEP 2, langkah d
Langkah 4
03BHEP 3Panduan pengisian borang

Rujuk panduan di bawah semasa melengkapkan borang BHEP 3.

Panduan mengisi borang BHEP 3
04BHEP 4Panduan langkah demi langkah

Ikuti panduan mengikut turutan gambar berikut.

Panduan BHEP 4, bahagian a
Bahagian 1
Panduan BHEP 4, bahagian b
Bahagian 2
05BHEP 5Panduan pengisian borang

Rujuk panduan di bawah semasa melengkapkan borang BHEP 5.

Panduan mengisi borang BHEP 5
06BHEP 6Panduan pengisian borang

Rujuk panduan di bawah semasa melengkapkan borang BHEP 6.

Panduan mengisi borang BHEP 6
Contoh pengisian mengikut keadaan ibu bapa:

BAPA yang mempunyai slip gaji tidak perlu mengisi BHEP6a/6b/6c. Lampirkan salinan slip gaji.

IBU yang tiada slip gaji perlu mengisi borang BHEP6b dan mendapatkan pengesahan pegawai.

07PENGESAH SALINAN DOKUMENSiapa yang dibenarkan mengesahkan salinan dokumen?

Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh salah seorang pegawai atau pihak yang layak seperti berikut:

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah / Badan Berkanun.
  • Wakil Rakyat / Senator / Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat.
โœ…
Pastikan semua ruangan yang berkenaan diisi dengan lengkap. Semak semula setiap borang sebelum dimasukkan ke dalam SAMPUL 2 untuk serahan di Kaunter C1.

MAKLUMAN RASMI

Sertai Group WhatsApp Calon Pelajar

Jangan terlepas makluman penting! Sertai group WhatsApp calon pelajar untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan pendaftaran pelajar baharu PBU.

Sertai Group WhatsApp โ†—