๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ INFORMASI WARIS ยท SESI II 2026/2027

Panduan Ibu Bapa & Waris

Maklumat ringkas untuk membantu ibu bapa dan waris merancang perjalanan, memahami aliran pendaftaran, mengurus pendaftaran kamsis serta mencari penginapan sekitar Balik Pulau.

๐Ÿ“…
Tarikh pendaftaran
22 November 2026 ยท Ahad
๐Ÿ•˜
Masa
9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“
Lokasi
Dewan Seri Nirai, Politeknik Balik Pulau

FAKTA RINGKAS

Makluman Kepada Waris

Fakta ringkas mengenai pendaftaran pelajar, kamsis (asrama), persekitaran Balik Pulau, senarai inap desa (homestay) dan lain-lain.

๐Ÿ 

Pendaftaran kamsis

Petugas akan membantu ibu bapa dan waris menuju ke lokasi pendaftaran asrama @ Dewan Seri Nirai.

๐Ÿฝ๏ธ

Makan dan minum

Perbelanjaan makan minum pelajar adalah tanggungan sendiri. Kafeteria dan kedai koperasi menerima tunai dan QR.

๐Ÿš—

Program bermula

Minggu Transformasi Siswa bermula jam 2.00 petang, 22 November 2026. Waris tidak dibenarkan berada di kawasan kampus selepas jam 2.00 petang.

โ„น๏ธ
Nota penting: Masa dan susunan aktiviti boleh berubah mengikut arahan rasmi PBU. Ikuti makluman terkini serta arahan petugas pada hari pendaftaran.

PANDUAN PERJALANAN

Navigasi ke PBU

Pilih aplikasi navigasi yang biasa digunakan untuk mendapatkan arah perjalanan.

PETA LOKASI

Aliran Lalu Lintas

Ibu Bapa / Waris hendaklah sentiasa mematuhi arahan petugas semasa berada di dalam kampus.

Peta aliran lalu lintas pendaftaran di Politeknik Balik Pulau

SELEPAS

Selesai Pendaftaran Asrama...

Rancang masa selepas urusan pendaftaran selesai agar pelajar bersedia mengikuti program seterusnya.

๐Ÿ•‘

Mencari barang keperluan

Pelajar boleh dibawa keluar selepas urusan asrama selesai.

๐ŸŽ“

Minggu Transformasi Siswa (MTS)

Pelajar perlu bersedia mengikuti sesi orientasi dan aktiviti pelajar baharu bermula jam 2.00 petang.

๐Ÿ’ณ

Perbelanjaan harian

Sediakan wang atau kaedah pembayaran elektronik untuk makanan, minuman dan keperluan kecil. Kos makan dan minum bukan tanggungan pihak politeknik.

PENGINAPAN WARIS

Inap desa sekitar Balik Pulau

Senarai ini dipetik group whatsapp tempatan. Hubungi pengusaha untuk menyemak lokasi, harga dan kekosongan sebelum membuat tempahan.

Indah Homestay Balik PulauHubungi pengusaha
012-485 6444
Bendang HomestayHubungi pengusaha
013-428 4748
Homestay SelesaHubungi pengusaha
019-446 0545
Balik Pulau Stable HomestayHubungi pengusaha
017-335 0030
Homestay Jalan BaruHubungi pengusaha
012-448 8571
Timbul HomestayHubungi pengusaha
013-500 0864
Upeh InnHubungi pengusaha
012-438 0873
Homestay DrusaHubungi pengusaha
012-461 3017
Izza HomestayHubungi pengusaha
019-494 5716
Homestay ZarinaHubungi pengusaha
012-572 5415
Rezeki HomestayHubungi pengusaha
019-517 5188
Titi Teras Nur HomestayHubungi pengusaha
019-449 5846
Astana Inn HomestayHubungi pengusaha
04-866 0300
Inap Desa HomestayHubungi pengusaha
012-455 0736
DJB Homestay Balik PulauHubungi pengusaha
019-496 0004
Pak Aq HomestayHubungi pengusaha
012-585 2896
Homestay Kabin Jalan BaruHubungi pengusaha
012-448 8571
Homestay depan SMK SeriHubungi pengusaha
012-411 3526
๐Ÿ“ž
Sila semak sebelum membuat tempahan. Nombor telefon dan maklumat penginapan diambil daripada halaman rujukan sedia ada dan mungkin berubah. Portal ini tidak mengesahkan harga, kualiti atau kekosongan penginapan.

HOTEL BERHAMPIRAN

Hotel sekitar Bayan Lepas

Jika memilih untuk menginap di kawasan Bayan Lepas, jarak perjalanan ke PBU kurang 30 minit.

๐ŸจLexis Suites PenangBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจRaia Inn PenangBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจThe Corum View HotelBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจOlive Tree HotelBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจAC Hotel by MarriottBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจApple 1 HotelBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจDR HotelBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจU HotelBayan Lepas, Pulau Pinang
๐ŸจAmari SPICEBayan Lepas, Pulau Pinang

PESANAN BUAT WARIS

Terima Kasih & Selamat Jalan

Terima kasih atas kerjasama ibu bapa dan waris sepanjang urusan pendaftaran pelajar baharu.

๐Ÿ’™ TERIMA KASIH, IBU BAPA & WARIS

Terima Kasih
& Selamat Jalan

Ibu bapa / waris boleh bergerak pulang dan meninggalkan pelajar di kampus PBU selewat-lewatnya jam 2.00 petang. Pelajar akan memulakan sesi 1 MTS.

Pihak Politeknik Balik Pulau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.

Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Ucapan selamat jalan kepada ibu bapa dan waris